Sabtu, 2 Januari 2010

Gaji Anda

Apa yang anda perlu tahu tentang gaji anda?

Kerja kerajaan = 25hb dapat Gaji.
Kerja swasta = cukup bulan dapat Gaji.
Kerja sendiri = hari-hari dapat Gaji (jika rajin).

Semua kerja yang mendatangkan hasil (berupa wang) dipanggil Gaji.

Berapakah jumlah Gaji yang cukup untuk diri kita?

Berbelanja kurang dari pendapatan, Insyallah Gaji anda akan cukup. Bagaimana tu?

Gaji RM 5000. Belanja RM 4000.
Gaji RM 3000. Belanja RM 2500.

Gaji RM 2000. Belanja RM 1800.

Gaji RM 1000. Belanja RM 900.

"Cakap boleh la bro..gaji RM 2000 macam mana nk belanja RM 1800 sahaja? Mana nak bayar kereta lagi, makan lagi, itu ini lagi..?

Yala.. Macam mana nak cukup jika gaji anda hanya RM 2000 sebulan tapi pakai kereta Honda Civic 2.4. Cuba pakai Produa Kancil??? Makan plak bawak bekal setiap hari ke pejabat..malu?? anak bini korang x makan ada orang ambik kisah?"...!

Perancangan!

Anda seharusnya merancang perbelanjaan dan mengetahui susunan pembahagian gaji anda untuk setiap bulan. Dengan itu anda dapat merancang setiap perbelanjaan tanpa perlu berhutang.

Pembahagian Gaji anda!

1- Bayar untuk diri anda terlebih dahulu. Oleh itu, ambil dahulu sekurang-kurangnya 10% dari gaji anda untuk disimpan di tempat yang boleh mendatangkan faedah kepada anda seperti ASB atau tabung haji. ( 10%)

2- Selesaikan semua bil-bil anda seperti bil telefon, bil air, elektrik dan lain-lain bil yang sepatutnya. (10%)

3- Bayar ansuran kereta dan rumah anda jika ada. (20%)

4- Guna untuk perbelanjaan dapur, keluarga dan diri anda sendiri untuk bulan tersebut. cth: beli beras, belanja nursery anak, duit minyak kereta, tol dsb.. ( 50%)

5- Seterusnya anda mesti mempunyai lebihan sebanyak 10% dari gaji untuk rezab simpanan anda dikhuatiri ada kes-kes kecemasan, sekurang-kurangnya ia tidak menggangu simpanan yang anda ada. (10%)

Kesimpulannya:

Gaji RM 2000.



Dari contoh diatas, saya yakin anda akan dapat menyesuaikan diri anda dengan pendapatan yang anda ada.

Jika anda memiliki kehendak melebihi gaji anda, anda hanya ada 2 pilihan sahaja.

1- Cari pendapatan sampingan. atau.
2- Lupakan saja kehendak anda itu.

Selesaiiii!!!

www.tips-fb.com

6 Komen Pembaca:

iEmN berkata...

Terima kasih antas panduan yang tuan berikan,sila teruskan lagi k.saya sebagai org baru dalam dunia pekerjaan amat perlu kpd panduan spt ini.

PutiH berkata...

ok jee,,,

husna berkata...

thanks for this post!

Ajmin berkata...

tak kan la 20% je rumah/kereta bang. saya rasa better rumah 30% kereta 20% makan 30% dah la kan? ok ke pandangan saya?

PutiH berkata...

kalo hutang wajib je dah 50% kira besar dah tu saudara, mana nak saving tetap 10% saving rezab lagi 10% nak guna untuk bil-bil lagi.. tapi apapun janji aliran tunai kita positif kira ok laa..

aziah mohd said berkata...

tq for the info


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Wedding Dresses. Powered by Blogger