Isnin, 18 Januari 2010

Kad Kredit a.k.a Kad Hutang!


Anda Rasa Macho Guna Kad Kredit??

Tahukah anda! Kad kredit adalah satu-satunya kaedah atau cara termudah untuk bank mendapatkan keuntungan yang besar berbanding dengan urusniaga lain. Oleh itu, pada kali ini saya hendak berkongsi sedikit cara atau tip yang perlu anda tahu sekiranya anda seorang pengguna kad kredit/kad hutang.

1) Anda hendaklah merancang setiap penggunaan kad kredit anda. Ini bermakna anda tidak boleh main hentam je nak swipe kad tersebut setiap kali hendak berbelanja. Sebaiknya gunakanlah kad kredit untuk beberapa perkara sahaja seperti membayar bil-bil utiliti, mengisi minyak kenderaan, atau membeli tiket kapal terbang secara online. Harus diingat, sebelum menggunakan kad hutang anda hendaklah terlebih dahulu mempunyai bekalan yang cukup untuk membayar balik jumlah yang telah anda gunakan. Jika tidak, lupakan sahaja.

2) Elak dari menggunakan cash advance atau pengeluaran wang tunai melalui kad kredit. Ini kerana kadar faedah yang dikenakan bukannya sedikit iaitu 1.5% sebulan atau 18% setahun. Alangkah bahagianya bank mendapat dividen 18% setahun dari anda.

3) Sila selesaikan semua bil anda sebelum tarikh akhir pembayaran. Dengan membuat pembayaran penuh, anda tidak akan dikenakan sebarang interest. Jika tidak mampu untuk melangsaikan sepenuhnya, jangan sekali-kali membayar dibawah nilai minimum payment. Sebaiknya bayar semaksima yang anda mampu.

4) Sila berhati-hati dengan kad kredit anda. Pengawasan sepenuhnya hendaklah dilakukan. Jangan sampai ada pihak lain mengetahui nombor kad kredit anda. Jangan mudah terpedaya dengan panggilan telefon atau email yang meminta nombor kad kredit anda kerana orang lain tidak boleh meminta nombor kad kredit anda sesuka hati hatta pihak bank sekali pun.

5) Sila semak bil kad kredit anda. Pastikan agar semua transaksi yang dilakukan adalah kepunyaan anda. Jika ada transaksi yang mencurigakan sila laporkan kepada pihak bank atau pihak-pihak berwajib.

6) Jika anda seorang yang sudah terbeban dengan jumlah hutang kad kredit yang terlampau banyak, sila cari inisiatif untuk mengurangkan beban anda tersebut. Banyak bank yang menawarkan pinjaman untuk tujuan melangsaikan hutang kad kredit. Sekurang-kurangnya dengan pinjaman tersebut anda dapat mengurangkan kadar intrest yang tinggi berbanding kad kredit. Jika cara ini tidak dapat membantu, sila dapatkan nasihat dari perunding kewangan anda. Jangan biarkan hutang lapuk kad kredit membebani anda. Potong!!!

7) Jika anda belum mempunyai kad kredit dan bercadang untuk memilikinya, sila fikir balik sebanyak 120 kali apakah tujuan anda memilikinya, adakah anda mampu untuk mendisiplinkan diri dengan kad hutang tersebut dan adakah anda layak untuk memilikinya. Jika masih berdegil dan ingin menggunakannya juga, sila jangan guna lebih dari 1 kad sahaja.

Terima kasih kepada walafiat kerana memberikan saya maklumat lanjut berhubung penggunaan kad kredit ini.

www.tips-fb.com

0 Komen Pembaca:


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Wedding Dresses. Powered by Blogger