Rabu, 30 Disember 2009

Pelaburan Bijak



Labur jangan Lebur!


Seorang pelabur yang bijak semestinya akan melihat kepada risiko dalam sesuatu pelaburan terlebih dahulu sebelum melihat hasil keuntungan yang akan diperolehi.

Seorang Pelabur yang bijak juga akan memilih untuk melaburkan duitnya di tempat yang lebih selamat terlebih dahulu sebelum memilih yang berisiko tinggi.

"High Risk, High Return"

Biasanya kita selalu memerhatikan perkataan High Return dan jika anda juga begitu ternyata anda berada dalam posisi yang amat bahaya.

Di bawah ini saya senaraikan tempat yang boleh anda jadikan platform pelaburan yang sesuai;

  • Amanah Saham Bumiputera - 7-10%
  • Fixed Deposit 4%
  • Unit Amanah Lain - 7-20%
  • Insuran/takaful untuk diri sendiri dan keluarga pun boleh dikira saving juga.
  • property (hartanah)- 10% - 100%
  • stock, forex etc - Tiada Limit
* atas lebih rendah risiko dari bawah.

Sebaiknya mulakan melabur ditempat yang paling rendah risiko kerugian tetapi ini tidak bermakna anda tidak boleh menceburkan diri kedalam bidang pelaburan yang tinggi risiko

www.tips-fb.com

Jauhi Skim Cepat Kaya!


Apa itu skim Pak Man Telor/ponzi skim?

"Goyang kaki di rumah, duit masuk seperti air yang melimpah ruah!"

"Anda tidak perlu bekerja lagi"

"Biarkan duit bekerja untuk anda"

Antara ayat-ayat power pengamal skim cepat kaya.


Bagaimanakah caranya anda hendak mengenali skim cepat kaya ini?

1- Pelaburan yang memberikan kadar pulangan yang tetap dan tinggi ; 15% - 100% sebulan.

2- Perniagaan Jualan Langsung yang tidak mempunyai Produk.

3- Pelaburan yang memberikan hadiah atau imbuhan berupa wang atau harta secara tetap jika anda berjaya membawa orang lain mengikutinya.

4- Anda akan diwar-warkan dengan pelbagai janji manis.

Skim cepat kaya biasanya wujud dalam pelbagai bentuk pelaburan dan perniagaan terutama yang mudah dimanipulasi seperti;

1- Syarikat Jualan Langsung.

2- Koperasi.

3- Syarikat Perniagaan barangan keperluan.

4- Pertukaran matawang asing (FOREX)

5-Saham

6- Dan segala yang boleh menampakkan duit duit duit..

Modus Operandi.

Cara Skim Cepat kaya beroperasi;

cth: Syarikat A bagi dividen 30% sebulan selama 10 bulan.

Si B dan C melabur RM 10, 000 bulan Jan. Si D melabur RM 10, 000 bulan Feb.

Untuk dividen bulan Feb Si B dan C akan dibayar sebanyak 30% dari pelaburan setiap seorang iaitu bersamaan RM 3000 seorang. Duit dividen tersebut datangnya dari duit si D. Oleh kerana si B dan C ghairah dek pulangan pelaburan tersebut maka si B dan C akan mengajak lebih ramai lagi orang untuk turut melabur sama dan dalam masa yang sama juga mereka akan cuba memperolehi Duit yang lain untuk menambah pelaburan. Kesimpulannya, pengamal skim cepat kaya ini akan terus dapat beroperasi selagi ada pelabur yang melabur kepada mereka.

Siapa yang selalu terjebak dengan Skim Tamak haloba ini?

1- Sesiapa sahaja yang tamak.

2- Sesiapa sahaja yang jahil dalam bab kewangan dan pelaburan.

3- Sesiapa sahaja yang telah ditakdirkan terjebak.. hahaha

Jika anda ingin membuat pelaburan atau perkongsian perniagaan sila dapatkan nasihat dan pandangan terlebih dahulu dari institusi kewangan seperti Bank Negara. Jadilah seorang pengguna yang bijak. Katakan tidak kepada SKIM CEPAT KAYA kerana ia akan membunuh anda.

Wallahua`lam..

www.tips-fb.com

Semak Kedudukan Kewangan Anda!

Apa yang anda perlu sediakan untuk tahun 2010?

Anda perlu mengikuti apa yang akan saya tulis kat bawah nanti jika anda dalam keadaan;

a) Berhutang dengan ketara.
b) Hutang kredit kad sampai 2 3 keping semua full..
c) Dapat gaji tak sampai akhir bulan dah habis.
d) Duit gaji sap sap soi atau ngam ngam..
e) Selalu melambat-lambatkan urusan pembayaran hutang termasuk hutang kereta, rumah sewa, bil-bil api, air, internet dan apa-apa yang berkaitan.
f) Hidup dalam keadaan tidak tenang dan selalu tension bila sebut pasal duit dan hutang.
g)Berangan-angan nak hidup senang..

*jika anda tidak termasuk dalam senarai diatas sila abaikan post saya ini.


Langkah-langkah yang anda perlu ambil adalah;

1- Senaraikan semua aliran tunai anda.

Apa yang anda perlu senaraikan ialah;

i) Aset
ii) Liabiliti
iii) wang masuk
iv) wang keluar
v) lebihan atau defisit ( kekurangan)

Untuk semua yang di atas anda terlebih dahulu perlulah mengenal apa itu aset dan apa itu libiliti..
i) Aset - harta yang anda ada, cth: rumah, jet peribadi, kapal selam atau duit tunai.

ii) Liabiliti - HUTANG termasuklah rumah, kereta yang masih dalam proses jual beli..

iii) Wang Masuk - semua hasil yang mendatangkan duit kepada anda. Cth: duit gaji, duit jual burger, duit jumpa belakang rumah.

iv) Wang Keluar - semua perbelanjaan wajib dan sunat korang setiap bulan.Cth: bil air, api, makan, minum, minyak kereta dsb.

v) Lebihan atau Defisit - Wang masuk tolak Wang keluar = Lebihan/defisit
cth: wang masuk RM 3000, wang keluar RM 4000 = Defisit RM 1000.(berhutang)

2- Catit setiap perbelanjaan anda.

pergi pasar beli sayur, TULISSS!
singgah kedai beli rokok, TULISS!
isi minyak kereta pun, TULISS!
bagi duit kat anak 10sen pun TULISS!

Pendek kata jangan tipu diri anda sendiri, TULISS! semua perbelanjaan keluar anda setiap hari dan nilaikan sendiri berapa anda berbelanja secara purata untuk sebulan.

3- Rancang untuk masa depan.

Jika anda baru bekerja tentu untuk merancang itu menjadi lebih mudah kepada anda tapi macam mana pula jika anda dah tenat dalam kewangan?

tak der sesiapa pun boleh menolong anda kecuali anda sendiri, caranya ialah anda wajib menyusun kembali kedudukan kewangan anda.

i) apa yang perlu anda lakukan ialah, cuba selesaikan atau kurangkan jumlah hutang anda sekarang dan jangan sesekali menanbah hutang walaupun berhutang itu hukumnya harus.

ii) Rancang perbelanjaan anda dengan membuat senarai semak lengkap apa yang perlu anda belanjakan dahulu dan abaikan apa yang tidak perlu seperti lepak di kedai kopi dsb..

iii) Ambil dahulu minimum 10% dari gaji anda untuk disimpan setiap kali anda mendapat gaji.. jangan sesekali belanja dahulu kemudian yang lebihan baru simpan.

v) buat perancangan untuk 3 peringkat 1) jangkamasa pendek 2) sederhana 3) panjang.

4- Laksanakan apa yang anda rancang 100%

Untuk mencapai apa yang anda inginkan, anda tidak dapat lari dari melaksanakan apa yang anda rancang itu dan jangan sesekali hanya hangat-hangat tahi ayam.. kerana kemudian hari anda akan rasa perubahannya..

Tools2 yang perlu anda boleh cari kat google,, belambak ada.. nak atau tidak je... SEKIAN...

www.tips-fb.com

Cerita dividen ASB

Dividen 7.3% + Bonus 1.25%


Macam biasa la..kalo masuk akhir tahun macam ni mesti ramai yang tertunggu-tunggu 4HB Jan 2010 untuk mereka pergi update buku ASB masing-masing.. al-maklumlaha dividen dah diumum 7.3%+1.25% bonus untuk tahun ni.. Kaya raya lah korang nanti ya..



Tapi apa yang aku nak kisahkan kat sini ialah masalah orang kita, bila sebut ASB 8% dividen setahun sanggup tunggu dengan waras dan sabar je.. tapi kalo bab pelaburan atau bisnes lain dapat 10% sebulan pun rasa kecewa dan hampeh buat muka ayam berak kapur..

Korang sedar tak yang hasil keuntungan korang 10% tu adalah melebihi setahun dividen ASB.. maknanya kalo korang boleh maintain je 10% sebulan untuk jangka masa panjang ,korang akan dapat 120% setahun profit (keuntungan). Bukan apa, setiap keuntungan yang kita dapat itu adalah rezeki, dan setiap rezeki itu datang dari Allah..So pandai-pandai lah bersyukur ya kawan-kawan. Jangan lah jadi tamak dan haloba dek kenikmatan dunia ni. Oleh itu selalulah mengucapkan kalimah syukur bila dapat keuntungan itu walaupun ianya sedikit.

Wassalam...


www.tips-fb.com

2010

Apa azam tahun baru anda?

Biasanya bila sampai je akhir tahun macam ni pelbagai tempat dan keadaan kita akan dapat mendengar orang akan mula berbicara tentang azam tahun baru tidak kiralah di alam nyata atau alam cyber..Sebenarnya tidak timbul persoalan adakah azam tahun sudah tercapai ataupun tidak, apa yang penting azam tu adalah target sebenarnya.

Ada setengah orang dia berazam untuk membuat suatu yang baru dan tak kurang juga yang berazam ingin menambah lagi apa yang sudah ada, kalo tak cayer cuba korang tanya Pak Abu apa azam dia, kompom dia akan kata nak tambah bini baru dan cuba ko tanya pulak mak Limah semestinya dia akan kata azam tahun baru dia nak asah lagi tajam kapak dan parang yang ada kat umah kot-kot boleh buat tetak Pak Abu kalo-kalo azam Pak Abu termakbul untuk tahun 2010 nanti.

Apapun, untuk diri aku sendiri, pada tahun 2010 nanti aku berazam untuk mencapai kebebasan kewangan insyallah secara sepenuhnya, mana lah tahu Allah nak izinkan boleh jadi termakbul. Kebebasan kewangan ni bukanlah maknanya aku nak jadi kaya, cukup hanya sekadar bebas dari hutang dan berbelanja dibawah paras pendapatan je.. tak der la sampai nak beli umah 50-60 bijik atau nak beli kereta Ferrafi pun, alaaah dunia je tuu.

Semoga aku dapat lah mencapai azam yang aku inginkan tu yaa.. sebab apa, untuk tahun 2009 ni aku berazam nak belajar selok belok cara dan kaedah untuk mencapai kebebasan kewangan ni.. dan aku rasa hampir 90% aku berjaya.. Jadi semoga kesinambungan azam tersebut akan terus membawa aku kehadapan dalam setiap perkara yang aku buat. Insyallah.

3 prinsip yang aku selalu bawa dan aku akan jaga.

1- Rancang..
2- Usaha untuk melaksanakannya..
3- Berdoa dan bertawakkal..

Insyallah selamat dunia akhirat...

www.tips-fb.com

Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Wedding Dresses. Powered by Blogger