Selasa, 2 Februari 2010

Over Draf!

Apa itu Over Draf (OD)?

OD ialah sejenis pinjaman yang diberikan oleh bank kepada individu mahupun syarikat bertujuan agar si peminjam sentiasa mempunyai bekalan duit untuk menyokong sebarang perbelanjaan yang memerlukan pendahuan atau mungkin duit yang banyak tanpa perlu meminjam terlebih dahulu dari mana-mana tempat. Walaupun OD ini juga termasuk dalam ketegori pinjaman namun ianya amat berlainan dari pinjaman yang lain. OD tidak sama dengan pinjaman peribadi, OD juga tidak sama dengan pinjaman perumahan, kereta atau mana-mana pinjaman yang mengenakan kadar faedah untuk setahun kerana OD hanya mengenakan faedah harian kepada penggunanya dan jika pemilik OD tersebut langsung tidak menggunakan wang dari akaun OD tersebut maka tiada faedah yang dikenakan.

Bagaimana hendak mendapatkan OD?

OD hendaklah disandarkan atau dicagarkan dengan beberapa jenis aset seperti yang telah ditetapkan oleh pihak bank. Ada yang pelukan rumah sebagai cagaran, ada juga yang perlukan tanah dan ada juga bank yang perlukan wang tunai didalam akaun ASB atau Fixed diposit untuk dijadikan cagaran.

Kebaikan dan keburukan OD.

1) Kebaikan- Jika wang dari OD digunakan dengan baik dan bijak, banyak kemudahan yang boleh penggunanya nikmati. Apa yang bagusnya ia boleh dijadikan salah satu tools untuk kita menambah kekayaan! wow!!30 dirham!!!
2) Keburukan- Jika anda menggunakan kesemua wang dari OD tersebut tanpa dapat membayarnya kembali. Aset yang dicagarkan akan diambil sepenuhnya oleh bank.

Cara untuk memohon OD-ASB.

1)Bawa buku anda ke PNB atau ASNB jadikan nilai dalam buku tersebut sebagai sijil.
2)Bawa sijil tersebut ke bank yang anda ingin buat OD.
3)Bank akan tawarkan kepada anda jumlah potongan BLR mereka kepada anda. ( setakat ini CIMB paling rendah yaitu -2%)
4)Bank juga akan tawarkan berapa peratus dari jumlah aset anda yang akan diberikan kedalam akaun OD (biasanya 90%-95%)
5)Buka Akaun Semasa.
6)Tunggu panggilan dari pihak bank untuk tandatangan LO.
7)Setelah itu, tunggu beberapa minggu untuk duit masuk ke Akaun Semasa anda.
8)Setelah duit masuk anda bolehlah menggunakannya.

Lihat pengiraan BLR dibawah;

Kadar faedah OD = BLR -2 (bank tawarkan)
kalau BLR semasa ialah 5.5% maka
Kadar faedah OD anda = 5.5% -2% = 3.5% (untuk setahun. sila bahagi 3.5% dengan 365 hari untuk dapat jumlah sehari.)
Anda juga perlu ingat yang BLR boleh berubah dan jika BLR naik ke 12% maka kadar faedah OD anda juga naik menjadi 10%


Wassalam..

www.tips-fb.com

Isnin, 1 Februari 2010

Kebebasan Kewangan!

Kenapa Kebebasan Kewangan Itu Penting?

Ramai manusia diatas muka bumi ini yang bersungguh-sunguh untuk mengejar kekayaan tanpa sebab dan matlamat yang betul. Apa yang pasti kekayaan menjadi milik mereka dan mereka boleh membuat apa saja yang dihendaki tanpa ada apa-apa halangan. Itulah sebabnya tidak hairan jika saya mendengar ramai diantaranya sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan kekayaan, ada yang sanggup berkerja tanpa mempunyai rehat yang mencukupi dan tak kurang juga yang sanggup mencuri, tikam loteri (walaupun tidak pernah kena,hihi) hatta sampai satu tahap sanggup untuk membunuh kerana semata-mata ingin mencari kekayaan atau dalam bahasa mudahnya hanya kerana DUIT!!! belum lagi masuk cerita orang-orang yang asyik kena tipu dengan skim cepat kaya walaupun sudah pernah terkena.

Seharusnya kita hendaklah dahulu mencari apa matlamat sesebuah kekayaan itu. Tidak semestinya seseorang yang kaya itu boleh membuat dan membeli apa sahaja seperti membeli jet pejuang (walaupun tanpa enjin), kepala kereta api dan sebuah kapal sebesar kapal Titanic.. sebenarnya bukan begitu..saya ulanginya..Bukan!! Bukan!! dan Bukan!!!!! Cukuplah kekayaan yang anda cari itu dengan bermatlamatkan untuk menghindari dari dipijak, dihina dan dikeji oleh masyarakat dan dunia amnya, kerana "kepapaan dan kemiskinan itu boleh membawa kepada kekufuran," dan dari pandangan Islam itu sendiri mencari kekayaan adalah dituntut. "Zuhud bukan bererti tidak mempunyai harta, tetapi kita dapat menahan nafsu dari memiliki sesuatu yang membazir walaupun kita mampu" salah satu kata-kata yang saya petik dari salah seorang Menteri Besar di Malaysia ini. Jika tidak percaya anda boleh membacanya sendiri di majalah bisnes terkenal Off The Edge. Klik sini untuk melihat majalah kewangan tersebut.

Berbalik kepada bab asal yang saya hendak sampaikan, sebenarnya tuan-tuan dan puan-puan, erti kebebasan itu sendiri membawa maksud "bebas"... bebas dari segala-gala yang boleh membelenggu jiwa dan raga kita.. Jika sebuah negara yang sedang berperang pula sudah semestinya mereka inginkan kebebasan dari perperangan.. begitu juga jika sesebuah negara itu sedang menghadapi masalah kebuluran, sudah tentu mereka mahu bebas dari masalah tersebut..bebas dengan bermaksud mereka boleh mendapatkan makanan dengan mudah. Oleh itu, dari sudut kewangan pula, kita sewajarnya memiliki kebebasan dari belenggu masalah yang disebabkan oleh wang seperti berhutang dengan ketara, memiliki kemahuan yang tidak sepadan dengan pendapatan dan yang paling dangkal ialah ingin memiliki setiap apa yang orang lain ada!!

Jika kita memahami maksud sebenar kebebasan yang saya maksudkan ini, insyallah kita akan menjadi seorang cemerlang, gemilang dan terbilang seperti kata mantan PM kita dulu.. Kenapa saya kata begitu? kerana...dengan adanya matlamat untuk mencapai kebebasan kewangan kita mesti mulakan dengan membuang tabiat buruk membazir dan akan berusaha untuk mula menyimpan semaksima yang mungkin, kerana dengan adanya simpananlah langkah pertama kita untuk mencapai kebebasan kewangan itu akan bermula.. "Ikan dilautan dari zaman Nabi Adam sampai sekarang tidak habis-habis, terpulanglah kepada kita samada hendak pergi memancing sendiri atau membeli sahaja dikedai." SEKIAN...

Fakta: Penyanyi Kurt Cobain membunuh diri di kala dia sedang terkenal. Ramai juga bekas ketua negara meletak jawatan di saat mereka sedang berada di puncak pemerintahan... sebab tu lah saya pun berhenti menulis dikala cerita tengah berkobar-kobar..hahahaha

www.tips-fb.com

Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Wedding Dresses. Powered by Blogger