Isnin, 31 Ogos 2009

16 Ogos Dalam Sejarah

Anak Kecil x Pandai main api lagi!

Alahai! 2 minggu gak lew x dpt nk update blog aku ni.. Almaklumlah tenet x brapa cun kat kg..

ni haa! kat bawah aku upload gambor2 anak kecil cun ;D

Nur Aina Aisyah.. Anak sulung hamba! hehe





www.tips-fb.com

Sabtu, 15 Ogos 2009

Anak Kecil Main Api.



Ada dua pilihan je kat sini tentang anak kecil itu;-
1- Powernya nya anak kecil tu, kecik2 pn dah boleh main dengan api.
2- Bahaya la! budak kecil jgn ajor men api haa..

*tak der pilihan lain dah kan???


Haaaa!! sebenarnya post ni xder kaitan pn dengan main api tu,, tapi ada kaitan dengan anak kecil.. nak tahu kenapa?? sebab.. hari ni aku kene cari topeng/mask oleh kerana nak naik kapal tobang balik kapung, almaklumlaa H1N1 semakin menular.. insyallah ada anak kecil nak jumpa abah dia hari ni.. sabar sabar..

Nampak gaya mula dari sekarang aku kene la menabung untuk anak kecil itu yaa..

sekian sekian.. zassssssssssssss!!!

www.tips-fb.com

Jumaat, 14 Ogos 2009

Ketahui Hak Anda ..

Ini Bukan Iklangg Broadband No 1 di Dunia!



Suatu petang yang hening, di saat ku sedang mengelamun tiba-tiba;

kringgggg!! kringggg!

Siti : halloo.. i`m Siti from Celika Broadband. Are u Mr. Ridzwan??

Saya ; ye saya, Siti ni Melayu ke bukan melayu ya? kalo melayu kita speeking melayu dah la k.

Siti ; Yes Mr.Ridzwan. Saya melayu, tapiiiiii... sekarang ni kan zaman PPSMI.

Saya ; Hakk Hakk!! ahaaa.. kenapa ya?

Siti ; Saya buat panggilan berhubung aduan cik berkenaan kelemahan perkhidmatan kami, dan Encik ada buat tuntutan ganti rugi kan?

Saya ; ya! saya ada buat tuntutan gantirugi tauladan berupa setahun perkhidmatan Broadband dari syarikat U secara percuma..

Siti ; haaaaa??? se setahun cik? kami mitak maaf banyak2 atas kelemahan kami.. mcm ni la cik, kami akan memberikan perkhidmatan broadband tanpa bayaran kepada cik selama 3 bulan. Kami harap encik bersetuju.

Saya ; Apa????? WOW!! saya setuju...


Jadi, tidak perlu la rasanya saya nk ceritakan secara lanjut apa masalah yg saya hadapi dengan syarikat komunikasi tersebut. Apa yang saya nk tekankan kat sini, kita haruslah peka dengan setiap hak dan juga tanggungjawab kita.

Jika anda merasa tertipu dengan setiap perkhidmatan yang diberikan. Jangan segan dan silu untuk membuat aduan di KPDNKK dan BPA.

* Nama pemanggil dan nama syarikat Broadband tu bukanlah nama sebenar demi menjaga hati dan perasaan diorang. hihi!!!!
** Terima kasih gak kat Hensem Boy atas tunjuk ajar dalam bab ni!!

bersambung.....

www.tips-fb.com

Anak-anak PPSMI

Al-Kisah 2 beradik!

Ada dua orang adik beradik. Sorang darjah 5 dan sorang lagi darjah 2. Si abang yang darjah 5 ni sesangat la kretif dan pandai melukis. Bukan alang2 lukisannya. Kalo Leonardo Da Vinci tengok pun dia akan menangis.

Si adik yang darjah 2 ni pula xder kemahiran tersebut, akan tetapi mempunyai otak yang sangat2 bergeliga. Maka tersebutlah al-kisah pada suatu senja sebelum magrib selepas mereka berdua dirotan ibu mereka sebab lambat masuk rumah. Biasala Magrib;

Adik: Abang! ape yang abang buat tu? bak sini nak tengok.

Abang: xder ape pn.. ni haa abang lukis gambar ibu tengah rotan kita.

Adik: wah! cantek nyer bang.. bagi kat adik ok.

Abang: ambik je kalo ko nak.


Keesokannya sesudah pulang dari sekolah.


Adik: bang, nah! ambik duit 50sen ni.

Abang: Duit ape plak ni? ko paw duit ibu ya..

Adik: eh! xder la.. tu haa duit share kita bahagian abang 50%. Gambar abang lukis semalam adik dah jual kat member satu kelas. RM 1 ringgit tau.

Abang: erkk! Boleh la simpan dalam tabung.

TAMMAT!

Jadi, apa yang aku nk gitau kat sini, bisnes ada dimana-mana dan apa2 saja boleh mendatangkan hasil. Pilih je, nak ke tak??

Satu lagi, 2 individu berbeza tapi mempunyai satu kombinasi yang hebat mesti ada dalam kehidupan kita. Biasala.. setiap orang ada kelebihan tersendiri, oleh itu.. manfaaatkan!

cauuuu!

www.tips-fb.com

Al-Fatihah

Salam Takziah!

Takziah di ucapkan kepada keluarga Allahyarham Ustaz Asri Rabbani..

Semoga rohnya dicucuri rahmat.



“Apabila matinya anak Adam itu terputuslah baginya segala amalan kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa dari anak yang soleh.” (Hadis Riwayat Muslim)

www.tips-fb.com

Khamis, 13 Ogos 2009

Jom ASB!

Kisah Abu yang Hensem!

Abu baru sahaja memasuki alam pekerjaan dengan gaji permulaan sebanyak RM 1500.
Umur dia baru je 25 tahun. Walaupun gaji Abu agak rendah jika dibandingkan dengan kos sara hidup yang tinggi masa itu namun dia tetap memasang angan-angan hendak mempunyai satu bisnes sendiri suatu hari nanti dengan modal sendiri tanpa perlu berhutang. Oleh itu, dia mula menyimpan duit sebanyak RM 150 sebulan di ASB dan RM 200 tambahan setahun dari hasil OT dan pendapatan sampingannya yang lain.



20 tahun kemudian Abu mendapati baki terkini dalam ASB nya seperti dibawah;



Cuba kita perhatikan jika Abu menyimpan di bawah bantal atau di dalam tabung buluh bawah rumahnya;

a- RM150 x 240 bulan = RM 36000 ( simpanan bulanan Abu)
b- RM 150 x 20 tahun = RM 3000 (simpanan tahunan Abu)
= Jumlah a+b= RM 39000.


Cuba Perhatikan ini pula (simpanan di ASB);

a+b= RM 39000 ( Modal Abu)
c = RM 101720.14 (Baki Simpanan Abu)

a+b-c = RM 62720 ( Keuntungan yang diperolehi Abu)

Kini umur Abu 45 tahun.. Dia amat bangga kerana sudahpun mempunyai simpanan sebanyak RM 100k hasil kesabarannya 20 tahun yang lalu.

Sekian kisah Abu yang Hensem.

*Rekod Dividen ASB 1991 hingga 2008 adalah seperti dibawah.

www.tips-fb.com

Bank?



Bank ialah "pemberi khidmat berhubung kewangan dan aset".

Tapi sebenarnya bank boleh jadi apa saja kepada kita..

Nak jadi pembantu pun boleh dan nak jadi pemusnah pun boleh..

Jadi.. terpulanglah pada kita apa yg kita nak bank tu jadi kepada kita.

Sila pilih apa yang anda mahu;-

1- Celeng @ tabung duit.
2- Mentor kewangan.
3- Pelanggan kepada urusniaga kita @ mesin duit.
4- Pembantu peribadi.
5- Ah Long, Tangelong atau bukan mau tolong.

haa!! ada 5 pilihan.. pilih jgn x pilih ya..

Ramai yang suka jadikan bank sebagai Ah Long mereka, so selalu2 laa berjoging supaya anda ada tenaga untuk berlari kesana kesini bila di kejar ok.. zassss!


www.tips-fb.com

Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Wedding Dresses. Powered by Blogger