Ahad, 17 Januari 2010

Simpanan Anda


Berapakah simpanan yang anda harus ada?

Allah Berfirman dengan Maksudnya;

"Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih)."

(Surah Yusuf, 48)

1-Simpanan Tetap!

Maka dengan adanya ayat diatas saya berpendapat kita harus mempunyai simpanan tetap sebanyak 7 tahun dari jumlah perbelanjaan kita untuk membolehkan kita menghadapi sebarang kemungkinan seperti sakit tenat, kemelesetan ekonomi atau sebagainya. Untuk simpanan jangkamasa panjang ini saya mengesyorkan anda membuat simpanan di tempat yang boleh mendatangkan pulangan (dividen lumayan) dan terjamin selamat seperti di ASB atau Tabung Haji.

Jumlah Perbelanjaan bulanan anda didarab dengan 7 tahun.
cth: RM2500 x 84bulan = RM210000

Dengan ini anda memerlukan jumlah simpanan sebanyak RM 210000 jika angaran perbelanjaan bulanan anda sebanyak RM2500.

2-Simpanan Kecemasan!

Selain dari simpanan tetap, anda juga wajib ada simpanan kecemasan dikhuatiri anda kehilangan kerja atau tidak dibayar gaji untuk satu tempoh yang lama. Jumlah untuk simpanan kecemasan sebaik-baiknya 6 bulan dari jumlah perbelanjaan anda. Untuk simpanan kecemasan ini, saya juga mengesyorkan agar anda menyimpanan ditempat yang sama seperti diatas.

Jumlah perbelanjaan bulanan anda didarab dengan 6 bulan.
cth: RM 2500 x 6 bulan = RM 15000

Kesimpulanya;

1-Simpanan tetap = 84 bulan perbelanjaan/gaji.
2-Simpanan Kecemasan = 6 bulan perbelanjaan/gaji.

Jika anda tidak mempunyai jumlah simpanan wajib seperti diatas, anda masih belum layak untuk mengatakan bahawa anda seorang yang kaya atau berduit. Oleh itu, berfikirlah dengan waras sebelum berbelanja atau bercadang untuk membeli kereta baru ataupun membeli sesuatu yang terlalu mahal untuk teman wanita anda. Oleh itu mulakanlah menabung dari sekarang. Tapi jangan pula lupa untuk tabung akhirat. Wassalam.. ;p

www.tips-fb.com

2 Komen Pembaca:

Tanpa Nama berkata...

mana nak cari duit nak simpan banyak tu bang uwaaaaaaa

PutiH berkata...

sikit sikit lama2 jadi bukit... ;P


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Wedding Dresses. Powered by Blogger