Selesaikan Gadai Janji Rumah Secepat Mungkin!!!
Tahukah anda! Sebenarnya kita boleh menyelesaikan proses gadai beli lebih awal dari tempoh yang ditetapkan dengan menggunakan beberapa cara. Semakin cepat gadai janji anda lunas maka semakin kuranglah wang anda keluar dan semakin sedikitlah juga keuntungan yang anda berikan kepada pihak bank. Sebab itu jangan salahkan pihak Bank jika mereka tidak memberi tahu anda tentang perkara ini. Peniaga mana yang mahu memberitahu pembeli cara untuk merugikan peniaga!!
Katakanlah anda membeli rumah dengan harga RM100000. Tempoh perjanjian gadai beli selama 20 tahun dengan kadar intrest 5% setahun. Secara ringkasya anda dikehendaki membayar sebanyak RM660 sebulan selama 20 tahun. Jika anda membayar seperti yang ditetapkan selama tempoh tersebut sebenarnya jumlah keseluruhan yang dibayar adalah RM160000 termasuk kadar faedah. Untuk tahun pertama sahaja anda telah membayar sebanyak RM7920, tetapi berapa jumlah sebenar untuk harga pokok rumah dalam jumlah tersebut? Hanya RM2990 sahaja dan RM4930 adalah faedah (keuntungan kepada bank). hmm! satu jumlah yang besar...itu jika prosesnya selama 20 tahun.. kalau 30 tahun sudah tentu lagi banyak yang anda bayar kepada bank. Sedihnya..kerja 20-30 tahun hanya untuk membayar kepada orang lain (bank).
3 cara atau kaedah pembayaran yang anda perlu tahu;
1- Bayar Lebih dari pembayaran yang ditetapkan.
Bayaran asal ialah RM 660. Tambah lagi RM100 sahaja. Jadi sekarang anda perlu membayar RM760 sebulan. Dengan tambahan sebanyak RM100 sebulan ini sebenarnya anda telahpun berjaya menyelesaikan proses gadai janji selama 16 tahun. Wow!! kurang 4 tahun dari yang sepatutnya. Anda juga hanya membayar RM145000 secara keseluruhan kepada bank. Amacam?????
2- Bayar 2 kali sebulan atau 2 minggu sekali.
Sama ke dengan sebulan sekali???? sebenarnya tidak!! cuba anda kira balik.. jika anda membayar sebulan sekali, untuk setahun 12 kali bayaran yang dilakukan. Tetapi dengan 2 minggu sekali ni untuk setahun 26 kali anda membuat pembayaran. Bezanya?? ok cuba anda kira sendiri.
1) RM 660 x 12 = RM7920...
2) RM 330 ( separuh dari RM660) x 26 = RM8580..
Jika anda perasan, dengan membayar 2 kali seminggu sebenarnya anda telah membayar lebih untuk harga pokok gadai janji tersebut. Dengan cara ini juga anda hanya perlukan kurang dari 16 tahun untuk selesaikan proses pembayaran tersebut. Jadiii????
3- Selesaikan semua baki gadai janji tersebut.
Cara ini memerlukan anda membayar semua sekali jumlah baki gadai janji yang masih ada. Jika tidak mampu untuk selesaikan semuanya sekaligus, bayar jee sebanyak mungkin setiap kali anda mendapat satu jumlah wang yang besar seperti dari pengeluaran akaun 2 KWSP, hadiah, cabutan bertuah dan lain-lain...Janji jangan dari duit HARAM dah la!!
Jadi apa nak tunggu lagi? lakukanlah kaedah tersebut., semoga ianya membantu anda mempercepatkan pembayaran gadai janji dan sekaligus mengurangkan keuntungan pihak Bank... Aliran tunai pun mesti lagi cantekk punyaa!! ;P
* Anda boleh membuat pengiraan sendiri dengan klik di kalkulator ini.
Wassalam...
0 Komen Pembaca:
Catat Ulasan