Selasa, 5 Januari 2010

Amaran Keras Dari BANK NEGARA MALAYSIA

"Kat sini aku x nak komen apa-apa.. hanya nak tepek statment dari Bank Negara je.. so faham2 sendiri laa kepada sesiapa yg makan cili itew!!"

Ref No: 01/10/01

Embargo: Untuk Siaran Segera

Berhati-hati dengan Skim Urus Niaga Mata Wang Asing Secara Haram

Bank Negara Malaysia ingin mengingatkan orang ramai untuk tidak menyertai mana-mana pelaburan atau program latihan urus niaga mata wang asing secara haram yang ditawarkan oleh individu atau syarikat dalam atau luar negeri.

Orang ramai selalunya dipujuk untuk menyertai pelaburan atau program latihan seperti ini dengan janji pulangan yang cepat dan lumayan. Modus operandi program termasuk:

  • Menawarkan latihan, seminar atau bengkel percuma untuk mengumpan para pelabur, sebelum mempelawa mereka untuk membuka akaun urus niaga mata wang asing dalam talian dengan syarikat induk (kononnya mempunyai lesen yang sah untuk menjalankan urus niaga mata wang asing di luar negara);
  • Menyediakan akses mudah kepada laman sesawang syarikat induk dan kemudahan urus niaga bagi menyenangkan pelabur menjalankan urus niaga mata wang asing secara dalam talian;
  • Pengambilan siswazah baharu sebagai eksekutif pemasaran dan menggalakkan mereka untuk melibatkan keluarga dan rakan-rakan mereka dalam urus niaga mata wang asing; dan
  • Menghendaki pelabur menyimpan sejumlah wang dalam akaun bank bagi memulakan urus niaga mata wang asing, dan seterusnya meminta mereka menambah pelaburan permulaan (panggilan margin) bagi mengelakkan kehilangan modal.

Di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953, adalah satu kesalahan untuk seseorang individu di Malaysia membeli atau menjual mata wang asing atau melakukan apa-apa tindakan yang melibatkan, berhubung dengan, atau persediaan untuk, membeli atau menjual mata wang asing dengan mana-mana orang, selain daripada peniaga berdaftar. Di bawah Akta ini juga, adalah satu kesalahan untuk seseorang itu membantu atau bersubahat dengan orang lain untuk membeli atau menjual mata wang asing dengan mana-mana orang, kecuali orang tersebut ialah peniaga yang dibenarkan.

Senarai peniaga dan institusi kewangan yang dibenarkan oleh Pengawal Pertukaran Wang Asing untuk membeli atau menjual mata wang asing boleh didapati di laman sesawang Bank Negara Malaysia (http://www.bnm.gov.my).

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bank Negara Malaysia di:

BNMTELELINK (Pusat Perkhidmatan Pelanggan)
1-300-88-5465 atau
E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my

Bank Negara Malaysia
4 Januari 2010

© Bank Negara Malaysia, 2010. All rights reserved.

"Anda boleh click sini untuk statment asal dari BNM."

www.tips-fb.com

2 Komen Pembaca:

husna berkata...

that means no more trade for forexs trader?!

PutiH berkata...

entah laa.. saya pun susah nk jelaskan benda ni..better u call hotline Bank Negara la, mintak maklumat lanjut dari diorang..


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Wedding Dresses. Powered by Blogger