Jumaat, 22 Januari 2010

Aliran Tunai

Apa itu aliran tunai (cashflow)?

Setelah mendapat gaji, anda membayar semua bil-bil utiliti anda kemudian pergi membeli belah di pasar raya. Dengan baki dari gaji itu juga anda gunakan untuk mengisi minyak kereta, belanja beberapa orang teman wanita, membeli apa saja yang anda mahukan. Kemudian bila sampai tengah bulan anda dapati baki gaji anda sudah semakin berkurang sedangkan wang untuk meneruskan hidup sementara menunggu gaji yang akan datang masih banyak diperlukan. Dengan selambanya anda teruskan aktiviti berbelanja sesuka hati hinggalah kesemua duit gaji anda habis.

"Gaji akan datang lagi seminggu...ahhh!!! apa nak kisahh..guna je kredit kad..janji segala yang aku mahu dapat dibeli sekarang... Hidup sekali ni je! buat apa nak tunggu akan datang untuk bermewah-mewahh..kan kalau mati dulu tak sempat nak merasa pulakk!!! ".

Jika ini yang berlaku kepada anda..Tahniah diucapkan kerana anda bakal menggantungkan diri di kipas syiling atau anda mungkin telah bersedia untuk dirantai oleh ah long didalam tandas...eee ngerii..nauzubillahh!!

Mungkin dengan mukadimah yang agak ringkas diatas memberikan gambaran awal kepada anda tentang maksud aliran tunai. Aliran tunai ni adik-adik dan abang-abang sebenarnya bermaksud pergerakan wang anda. Apa yang kita harus tahu ialah bagaimana status aliran tunai kita samada positif atau negatif, samada mempunyai lebihan atau defisit pada setiap bulan. Anda boleh mengetahui aliran tunai anda dengan membuat catatan setiap sumber yang masuk seperti gaji, kerja lebih masa, kerja sambilan atau keuntungan dari asb, saham, forex atau mungkin anda mempunyai bond peribadi. Anda juga hendaklah mengetahui secara terperinci setiap pengaliran keluar wang anda seperti jumlah pembayaran bil-bil, belanja poket, beli itu dan ini dan apa-apa saja yang membuatkan wang anda keluar. Untuk mengetahui apa status aliran tunai anda sila lihat contoh dibawah ini.

Aliran Tunai Anda!!

Wang Masuk-wang keluar= Lebihan atau defisit.
cth 1 (Si A):
(Wang Masuk) Gaji 3000+ duit dari sumber lain 2000 = 5000
(Wang Keluar) Belanja tetap 2000+bayar ansuran itu dan ini 3000+berbelanja sesuka hati
1000 = 6000


Ringkasnya; 5000-6000=-1000 (defisit)
Dengan itu aliran tunai si A negetif. -1000 defisit yang si A gunakan itu mungkin dari hutang dengan mak ayah atau paling mudah KAD KREDIT!!!
Cth 2 (Si B):
(Wang Masuk) Gaji 1500+ duit dari sumber lain 500 = 2000
(Wang Keluar) Simpanan bulanan 200+Belanja tetap 1000+bayar ansuran itu dan ini 500+berbelanja sesuka hati 200
=1900

Ringkasnya; 2000-1900=100 (lebihan)
Dengan contoh aliran tunai si B ini pula anda dapati berlakunya lebihan setelah dijumlahkan, oleh itu aliran tunai ini adalah positif dan inilah aliran tunai yang kita mahukan.

Bagaimana untuk mendapatkan aliran tunai positif?
Satu cara yang paling mudah disebut tetapi amat susah di praktikan ialah... Berbelanja Dibawah Kemampuan Anda.. Dengan perbelanjaan cara ini anda dapat menjadikan aliran tunai anda positif.. Jangan lupa tolak dahulu simpanan anda sebelum mengira baki aliran tunai tersebut.

Jadi?? adakah anda memerlukan gaji 1 juta untuk hidup senang??? tepuk dahi tanya minda.. Maksimakan Aset, Kurangkan Liabiliti. Cuba anda bandingkan 2 contoh diatas. Siapa lebih kaya diantara si A dengan si B?? Sudah pasti si B. Kenapa?? ahaaaa..lu pikirrr la sendiri!!

Jika anda berminat untuk melakukan pelaburan atau menceburkan diri dalam bidang perniagaan, saya cadangkan agar anda kuasai terlebih dahulu aliran tunai anda sehingga menjadi positif kerana anda memerlukan simpanan yang cukup sebelum melaksanakan dua perkara tersebut. Jika anda belum mampu membuatkan aliran tunai positif. Lupakan sahaja niat anda untuk menjadi seorang pelabur atau seorang ahli perniagaan kerana anda bakal menghadapi kegagalan. Sekian...

*Sila klik sini untuk dapatkan penyata aliran tunai secara percuma dari saya
.
*Saya juga mencadangkan agar anda membaca satu ebook cashflow yang dihadiahkan kepada anda secara percuma oleh salah seorang pakar kewangan Malaysia. Klik disini untuk mendapatkan ebook tersebut.

www.tips-fb.com

3 Komen Pembaca:

Ajmin berkata...

saya gunakan pelaburan untuk kumpul aset.pelaburan juga saya gunakan untuk kumpul simpanan.

PutiH berkata...

bagus la kalo mcm tu.. yg penting target mesti ada.. ;P

abu yusuf berkata...

Ringkas, padat dn jelas...Tkasih


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Wedding Dresses. Powered by Blogger