Jumaat, 15 Januari 2010

Kad Kredit atau Kad Debit ??


Potong!! Potong!! Potong!!

Bermula tahun 2010 ini saya bertekad untuk tidak lagi menggunakan kad kredit memandangkan banyak keburukan berbanding kebaikan yang datang dari kad hutang ini. Dari apa yang saya perhatikan, kad hutang ini merupakan kemudahan yang selalu disalah gunakan oleh kebanyakan pemilik kad tersebut.

"Tahukah anda!! Ramai dikalangan pengguna kad kredit telah menjadi penghutang tegar gara-gara penyalahgunaan dan malangnya lebih ramai lagi yang telah muflis dengannya."
Sepatutnya kad hutang tersebut menjadi satu alat untuk memudahkan kita berurusniaga dengan cepat dan mudah tanpa membawa duit tunai di tangan, tetapi sebaliknya apa yang terjadi ianya digunakan ketika kita kehabisan wang. Kesian!! Walaupun begitu, bagi anda yang masih lagi berminat untuk menggunakannya anda harus tahu selok belok cara penggunaan dan anda juga wajib tahu semua cas-cas yang bakal anda terima dari agensi kewangan yang memberikan kad itu kepada anda.

Kepada sesiapa yang berniat untuk menamatkan perkhidmatan kad kredit , 2 perkara yang perlu anda ketahui;-

1) Potong siap-siap kad kredit tersebut, bawa bersama kad yang telah dipotong ke bank dan maklumkan kepada mereka keputusan muktamad anda untuk menamatkan perkhidmatan.

2) Anda juga boleh membuat pembatalan dengan menghantar kad yang telah dipotong dengan menggunakan pos. Apa yang anda perlu lakukan ialah dengan membuat sekeping surat memaklumkan untuk menamatkan perkhidmatan kad kredit (Sila tulis nombor kad kredit anda, nama mengikut i/c dan juga nombor i/c anda) anda juga hendaklah membuat 2 salinan potocopy sebelum dan selepas kad dipotong dan tandangan hendaklah diturunkan di atas salinan tersebut.( jangan lupa pula simpan salinan untuk rujukan anda bila perlu.)


Bertukar Kepada Kad Debit!!

Saya tidak lagi menggunakan kad kredit, namun saya masih mahu menggunakan kemudahan yang sama sepertinya, oleh itu saya mengambil keputusan untuk memohon kad debit dari agensi kewangan yang menyediakan kemudahan tersebut. Untuk makluman anda, kad debit ni ibarat kad prepaid telefon je, anda perlu memasukkan sejumlah wang kedalamnya sebelum dapat digunakan. Dengan itu, mungkin saya dapat lebih mendisiplinkan diri untuk berbelanja dengan pendapatan yang saya sudah ada dan tidak lagi berbelanja dengan menggunakan pendapatan akan datang (hutang). Biasanya kad debit pun ada mengenakan sedikit yuran tahunan tetapi anda masih boleh mencari pengeluar kad debit yang memberikan servis percuma untuk seumur hidup dan biasanya servis ini bersyarat (biasalah bank) seperti melakukan transaksi sebanyak RM1200 setahun dan sebagainya.

Untuk kegunaan saya, saya telah memilih Kad Debit Visa Electron yang dikeluarkan oleh Public Bank sebagai alat untuk memudahkan urusan perbelanjaan saya terutama paypal, pembelian secara online dan juga urusniaga dari luar negara kerana dengan menggunakan debit kad biasanya cas dikenakan lebih murah (biasanya tiada cas yg dikenakan) berbanding dengan cara yang lain. Kad Visa Electron dari Public Bank ini juga teramat mudah untuk diperolehi, anda hanya perlu berumur 12 tahun keatas dan mempunyai kad pengenalan. Anda juga boleh memilih untuk membuat permohonan secara online atau secara terus dengan pergi ke bank tersebut.

Selain dari kad debit dari Public Bank, saya juga ada menggunakan kad debit dari Maybank. Saya memperolehi kad ini dengan cara tidak langsung setelah saya ke Bank tersebut untuk mengantikan kad atm Maybank yang telah rosak. Bayaran sebanyak RM 12 diperlukan untuk memperolehi kad debit/atm tersebut.Oleh itu, marilah sama-sama kita bertukar kerana anda akan tahu apa kelebihan yang bakal anda perolehi. Sekian.




*saya tidak dibayar oleh Public Bank dan Maybank untuk post ini.

www.tips-fb.com

8 Komen Pembaca:

husna berkata...

saya menggunakan kad debit dari al-rajhi bank. Nilai minimum hanya RM10 sahaja.

PutiH berkata...

ok la tuu..

Tanpa Nama berkata...

hati senang tanpa hutang,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,sokongg potongg3x kad kredit

apekes berkata...

rasanya dah 3 minggu aku buat permohonan online kad debit public bank ni.sampai sekarang xda maklum balas,bila la bole dpaat ni.

Tanpa Nama berkata...

Salam tuan,

pendapat tuan...kad kredit mana yg terbaik diantara berikut...saya dh lawat website bank rakyat, CIMB, maybank n public bank...ada yg free annual..ada yg bayar..ada yg services tax..jadi kesimpulan pndapat tuan mana yg terbaik... saya igt nk apply.

Ajibah A berkata...

sy pun nk jgk apply debit card..skg neh urusan smua dgn online kn..so..debit card yg mcm dear ckp tu mmg bebaloi..tp kdg2 pk seram jgk kn online payment ni rsau kna godam nad wit hlg..huhu..

Miss A berkata...

gba blossom : mmg betul pun apa yang awak katakan . Saya ada terbaca kat satu page nie dimana dia mengatakan yang lebih elok wat kad debit yg selalu kena topup. Jgn kte gnekan akaun simpanan kte tu sebagai kad debit tuk membuat pembayaran kerana jika membuat pembayaran secara online , dia boleh menyebabkan pihak penjual detect kte punya akaun dan ini membolehkan wang kte hilang tanpa pengetahuan kte .

Tanpa Nama berkata...

Micro-finance schemes for self-employment, by commercial banks
and other institutions such as the Small Business Finance Corporation (SBFC) and the Pakistan Poverty
Alleviation Fund (PPAF) are considered pivotal for creation of opportunities for educated youth
since employment prospects have significantly worsened.
Yesterday, winds actually pushed the east flank of the Beach Fire up against the
west side of the Arnica Fire. Popular industries amount angel speculators
include auto repair organisations, medical businesses, law
corporations, and other companies which were always in need.


Feel free to surf to my blog post http://swk-kredit.info/


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Wedding Dresses. Powered by Blogger