Jika anda juga seperti saya merindui putih121.. Jom Follow kat sini http://www.ridzwanrashid.com
Assalamualaikum...
Saya ada buka satu blog baru untuk letakkan gambar2 yang saya ambil...kepada sesiapa yang nak melihat boleh la kunjungi http://ridzwanrashid.com
Terima Kasih...
Di Tulis Oleh PutiH pada 10:17 PG 2 Komen Pembaca
Assalamualaikum..



Di Tulis Oleh PutiH pada 1:51 PG 0 Komen Pembaca

Senarai tarikh bayaran gaji kat atas tu hanya untuk pembayaran untuk orang yang keje kajaan je.......apapun Berjimat Cermat ketika berbelanja dan Layan...
T/K
Di Tulis Oleh PutiH pada 9:03 PG 0 Komen Pembaca
Salam...
21 Mei 2006 aku tiba dan hari ini 30 Disember 2010 hari terakhirku sebagai pekerja di Negeri Dibawah Bayu. Semoga Allah melimpahkan rahmat keatas Negeri ini. Amin.
Di Tulis Oleh PutiH pada 2:09 PTG 1 Komen Pembaca
Lagu untuk Sabah dan Sabahan..
2010 merupakan tahun terakhir aku berkhidmat di Sabah setelah hampir 5 tahun mencari rezeki disamping melalui suka-duka disini..Sabah juga lah tempat aku bertemu Jodoh dengan insan tercinta dan menimang cahaya mata pertama dan sekarang menanti detik2 kemunculan bintang timur kedua.. Walaupun kami berasal dari Negeri yang sama tapi takdir ilahi telah menetapkan kami akan bersatu di SABAH. Thanks to SABAH dan Terima Kasih Allah.
Sekian dan layannnnnn...!!!!!
Di Tulis Oleh PutiH pada 9:27 PTG 2 Komen Pembaca
Pakcik Kaya dan Pakcik Miskin...
Dividen dan bonus ASb untuk tahun 2010 telahpun di istiharkan..Ada sedikit peningkatan laa berbanding tahun lepas..
Dividen : 7.50% Bonus : 1.25%
Macam biasa laa..musim ni ramai la yang tekan ASB calculator sebab nak kira keuntungan masing-masing.. Calculator tu bleh DOWNLOAD KAT SINI. Dividen dan bonus ini para pelabur boleh nikmati di awal januari depan yaitu pada 3 Januari 2011..
Dan satu lagi.. bonus 1.25% tu hanya akan dapat full kat pelabur yang ada simpanan tanpa diusik selama 10 tahun..
Seperti biasa..untuk menguruskan penutupan kewangan dan pengiraan dividen untuk tahun 2010..PNB telah mengistiharkan penangguhan pengurusan bagi ASB dan ASN seperti dibawah;
Enjoy your Return... Sekian..
Di Tulis Oleh PutiH pada 9:14 PTG 0 Komen Pembaca
Assalamualaikum semua....!!
Aku sudah updrage body kamera...jika sebelum ni aku guna 1000D kan ni dah pun 50D. Ceh ayat aku ni..Mukaddimah of the story pun dah bagitau. Excited punya pasal biasa la hehe.. Sebelum aku sambar Canon 50D aku ada pergi test 4 jenis body, aku test sampai lebam..mo 3 4 kali taukey kedai menjeling kat aku time ngetes kamera tuu..ape aku peduli yang penting aku dapat mencuba dengan puas hati sebelum beli (Jangan lupa yang pengguna berhak membuat pilihan)..lagipun bukannya murah benda ni.. 4 kamera yang aku test tu ialah Canon 60D, 50D, 7D dan Nikon D90.. Pada pendapat aku dalam 4 bijik kamera ni aku paling berpuas hati dengan Canon 7D sebenarnya..tapi memandangkan harga body Canon 7D agak mahal dan x sanggup aku pecahkan poket untuk dia aku angkat je 50D.. tapi kenapa aku x ambik Canon 60D atau Nikon D90 ya??
Ok macam ni..sebenarnya 60D dan D90 bukanlah tidak bagus malah amat bagus dan agak berbaloi-baloi bagi sesiapa yang ingin memiliki atau dah pun memilikinya.. Faktor aku x ambik 60D ni sebab bagi aku 60D ni bukanlah upgrade dari 50D tapi mcm kamera pertengahan diantara 550D dan 7D.. Screennya yang boleh ubah membuatkan aku takut kalo2 Aina main-main kat screen tu dah prappppp patah.. menangis woo.. Lagi satu faktor kecepatan proses gambar diantara 50D dan 60D ternyata 50D menang.. Mybe sebab 50D menggunakan 2 sensor disamping 50D menggunakan CF memory card berbanding 60D yang hanya menggunakan SD card. tapi dalam bab autofokus memang aku akui 60D ada laju skit tapi sikitt jee.. (macam xder beza pun sebenarnya..haha).. Lagi satu faktor body.. 50D menggunakan jenis Metal aloy ape kebenda tah..60D pula berbody plastik....memang tidak dinafikan 60D ada menyediakan fungsi untuk mengambil Video HD..tapi benda tu tidak penting untuk aku sebab aku hanya nak ambil objet pegun..kalo nak ambik video bagus aku beli handicam...itu je kot aku rasa antara sebab aku sapu 50D dan tidak 60D..
Kenapa pula tidak Nikon D90?? ok kat sini aku ada beberapa sebab je..antaranya aku dah terbiasa dengan sistem canon dan aku dah mempunyai beberapa gear yang hanya untuk Canon..kalu angkat D90 rasanya kena mula dari 0 balik..nak kene beli gear-gear baru balik..Faktor lain pula adalah kerana jiwa dan raga aku masih terpikat dengan kecantikan gambar yang dihasilkan oleh Canon berbanding Nikon walaupun ramai orang cakap benda tu boleh di edit... tapi tak dinafikan la dari segi ketajaman gambar Nikon menang dan autofokus D90 lebih laju dari 50D disampaing AF assist Lamp Nikon memang Rock.. Best untuk main CLS.. (Canon 50D pun boleh main CLS maaaa..guna lampu suluh je..hehehe).. Aku rasa itu je la yang dapat aku tulis kat sini pasal kamera baru aku ni.. dan kat sini ada 2 3 keping gambar hasil dari kamera baru..sekali pandang macam xde beza sgt pun dengan 1000D...
Tedenggggggg...!!!
Ini gambar pengantin..
Ini pula gambar isteri aku yang tercinta...
Dan ini pula gambar budak yang agak famous kat FB aku...semestinya anakandaku Nur Aina Aisyah...
Sekian Terima Kasih......
Di Tulis Oleh PutiH pada 2:27 PTG 0 Komen Pembaca
Kekasihku Yang Hitam Manis






Di Tulis Oleh PutiH pada 3:12 PG 2 Komen Pembaca
3 Bulan ?
Menatap indah panorama pencipta,
Realiti sang ago mencari pelita,
Antara mereka atau aku dan dia?
Berpusi bersyair samantah dilema..
*empat rangkap mewakili 3 bulan.
Di Tulis Oleh PutiH pada 11:29 PG 1 Komen Pembaca
Kadar faedah OD = BLR -2 (bank tawarkan)
kalau BLR semasa ialah 5.5% maka
Kadar faedah OD anda = 5.5% -2% = 3.5% (untuk setahun. sila bahagi 3.5% dengan 365 hari untuk dapat jumlah sehari.)
Anda juga perlu ingat yang BLR boleh berubah dan jika BLR naik ke 12% maka kadar faedah OD anda juga naik menjadi 10%
Di Tulis Oleh PutiH pada 11:02 PG 2 Komen Pembaca
Di Tulis Oleh PutiH pada 9:37 PTG 2 Komen Pembaca
Selesaikan Gadai Janji Rumah Secepat Mungkin!!!

Di Tulis Oleh PutiH pada 12:36 PG 0 Komen Pembaca
cth 1 (Si A):Dengan itu aliran tunai si A negetif. -1000 defisit yang si A gunakan itu mungkin dari hutang dengan mak ayah atau paling mudah KAD KREDIT!!!
(Wang Masuk) Gaji 3000+ duit dari sumber lain 2000 = 5000
(Wang Keluar) Belanja tetap 2000+bayar ansuran itu dan ini 3000+berbelanja sesuka hati
1000 = 6000
Ringkasnya; 5000-6000=-1000 (defisit)
Cth 2 (Si B):
(Wang Masuk) Gaji 1500+ duit dari sumber lain 500 = 2000
(Wang Keluar) Simpanan bulanan 200+Belanja tetap 1000+bayar ansuran itu dan ini 500+berbelanja sesuka hati 200
=1900
Ringkasnya; 2000-1900=100 (lebihan)
Di Tulis Oleh PutiH pada 8:52 PTG 3 Komen Pembaca
Di Tulis Oleh PutiH pada 3:46 PTG 2 Komen Pembaca
Di Tulis Oleh PutiH pada 3:30 PTG 0 Komen Pembaca



"Orang kaya sentiasa menambah aset. Kelas menengah membeli liabiliti yang dianggap aset. Orang miskin hanya mempunyai belanja." ..Robert T.KiyosakiSebenarnya, ungkapan orang kaya bukanlah kepada mereka yang mempunyai berjuta-juta wang tetapi tidak pandai menguruskanya. Kaya ialah orang yang mampu berbelanja kurang dari pendapatan dan hebat dalam menguruskan soal kewangan peribadi mahupun keluarga. ;P
Di Tulis Oleh PutiH pada 11:51 PG 4 Komen Pembaca
Rumah?? kereta?? kapal selam?? Aset ke liabiliti tu???
Adakah kita menyangka setiap yang kita beli dan menjadi kepunyaan kita itu adalah aset?? dan adakah definisi berhubung aset dan liabiliti yang kita baca dari kamus-kamus bahasa itu memberi pemahaman sebenar kepada kita??
“Orang kaya menambah aset. Orang miskin dan kelas menengah menambah liabiliti, tetapi mereka menganggap itu adalah aset.”Jadi siapakah kita?...Apa itu Aset?
Di Tulis Oleh PutiH pada 2:28 PTG 3 Komen Pembaca

Anda Rasa Macho Guna Kad Kredit??
Di Tulis Oleh PutiH pada 11:06 PG 0 Komen Pembaca
Allah Berfirman dengan Maksudnya;
"Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih)."
(Surah Yusuf, 48)
Di Tulis Oleh PutiH pada 1:35 PG 2 Komen Pembaca