Ahad, 24 Januari 2010

Kenapa Bayar Lebih??

Selesaikan Gadai Janji Rumah Secepat Mungkin!!!


Tahukah anda! Sebenarnya kita boleh menyelesaikan proses gadai beli lebih awal dari tempoh yang ditetapkan dengan menggunakan beberapa cara. Semakin cepat gadai janji anda lunas maka semakin kuranglah wang anda keluar dan semakin sedikitlah juga keuntungan yang anda berikan kepada pihak bank. Sebab itu jangan salahkan pihak Bank jika mereka tidak memberi tahu anda tentang perkara ini. Peniaga mana yang mahu memberitahu pembeli cara untuk merugikan peniaga!!

Katakanlah anda membeli rumah dengan harga
RM100000. Tempoh perjanjian gadai beli selama 20 tahun dengan kadar intrest 5% setahun. Secara ringkasya anda dikehendaki membayar sebanyak RM660 sebulan selama 20 tahun. Jika anda membayar seperti yang ditetapkan selama tempoh tersebut sebenarnya jumlah keseluruhan yang dibayar adalah RM160000 termasuk kadar faedah. Untuk tahun pertama sahaja anda telah membayar sebanyak RM7920, tetapi berapa jumlah sebenar untuk harga pokok rumah dalam jumlah tersebut? Hanya RM2990 sahaja dan RM4930 adalah faedah (keuntungan kepada bank). hmm! satu jumlah yang besar...itu jika prosesnya selama 20 tahun.. kalau 30 tahun sudah tentu lagi banyak yang anda bayar kepada bank. Sedihnya..kerja 20-30 tahun hanya untuk membayar kepada orang lain (bank).

3 cara atau kaedah pembayaran yang anda perlu tahu;

1- Bayar Lebih dari pembayaran yang ditetapkan.
Bayaran asal ialah RM 660. Tambah lagi RM100 sahaja. Jadi sekarang anda perlu membayar RM760 sebulan. Dengan tambahan sebanyak RM100 sebulan ini sebenarnya anda telahpun berjaya menyelesaikan proses gadai janji selama 16 tahun. Wow!! kurang 4 tahun dari yang sepatutnya. Anda juga hanya membayar RM145000 secara keseluruhan kepada bank. Amacam?????

2- Bayar 2 kali sebulan atau 2 minggu sekali.
Sama ke dengan sebulan sekali???? sebenarnya tidak!! cuba anda kira balik.. jika anda membayar sebulan sekali, untuk setahun 12 kali bayaran yang dilakukan. Tetapi dengan 2 minggu sekali ni untuk setahun 26 kali anda membuat pembayaran. Bezanya?? ok cuba anda kira sendiri.
1) RM 660 x 12 = RM7920...
2) RM 330 ( separuh dari RM660) x 26 = RM8580..
Jika anda perasan, dengan membayar 2 kali seminggu sebenarnya anda telah membayar lebih untuk harga pokok gadai janji tersebut. Dengan cara ini juga anda hanya perlukan kurang dari 16 tahun untuk selesaikan proses pembayaran tersebut. Jadiii????

3- Selesaikan semua baki gadai janji tersebut.
Cara ini memerlukan anda membayar semua sekali jumlah baki gadai janji yang masih ada. Jika tidak mampu untuk selesaikan semuanya sekaligus, bayar jee sebanyak mungkin setiap kali anda mendapat satu jumlah wang yang besar seperti dari pengeluaran akaun 2 KWSP, hadiah, cabutan bertuah dan lain-lain...Janji jangan dari duit HARAM dah la!!

Jadi apa nak tunggu lagi? lakukanlah kaedah tersebut., semoga ianya membantu anda mempercepatkan pembayaran gadai janji dan sekaligus mengurangkan keuntungan pihak Bank... Aliran tunai pun mesti lagi cantekk punyaa!! ;P

* Anda boleh membuat pengiraan sendiri dengan klik di kalkulator ini.

Wassalam...

www.tips-fb.com

Jumaat, 22 Januari 2010

Aliran Tunai

Apa itu aliran tunai (cashflow)?

Setelah mendapat gaji, anda membayar semua bil-bil utiliti anda kemudian pergi membeli belah di pasar raya. Dengan baki dari gaji itu juga anda gunakan untuk mengisi minyak kereta, belanja beberapa orang teman wanita, membeli apa saja yang anda mahukan. Kemudian bila sampai tengah bulan anda dapati baki gaji anda sudah semakin berkurang sedangkan wang untuk meneruskan hidup sementara menunggu gaji yang akan datang masih banyak diperlukan. Dengan selambanya anda teruskan aktiviti berbelanja sesuka hati hinggalah kesemua duit gaji anda habis.

"Gaji akan datang lagi seminggu...ahhh!!! apa nak kisahh..guna je kredit kad..janji segala yang aku mahu dapat dibeli sekarang... Hidup sekali ni je! buat apa nak tunggu akan datang untuk bermewah-mewahh..kan kalau mati dulu tak sempat nak merasa pulakk!!! ".

Jika ini yang berlaku kepada anda..Tahniah diucapkan kerana anda bakal menggantungkan diri di kipas syiling atau anda mungkin telah bersedia untuk dirantai oleh ah long didalam tandas...eee ngerii..nauzubillahh!!

Mungkin dengan mukadimah yang agak ringkas diatas memberikan gambaran awal kepada anda tentang maksud aliran tunai. Aliran tunai ni adik-adik dan abang-abang sebenarnya bermaksud pergerakan wang anda. Apa yang kita harus tahu ialah bagaimana status aliran tunai kita samada positif atau negatif, samada mempunyai lebihan atau defisit pada setiap bulan. Anda boleh mengetahui aliran tunai anda dengan membuat catatan setiap sumber yang masuk seperti gaji, kerja lebih masa, kerja sambilan atau keuntungan dari asb, saham, forex atau mungkin anda mempunyai bond peribadi. Anda juga hendaklah mengetahui secara terperinci setiap pengaliran keluar wang anda seperti jumlah pembayaran bil-bil, belanja poket, beli itu dan ini dan apa-apa saja yang membuatkan wang anda keluar. Untuk mengetahui apa status aliran tunai anda sila lihat contoh dibawah ini.

Aliran Tunai Anda!!

Wang Masuk-wang keluar= Lebihan atau defisit.
cth 1 (Si A):
(Wang Masuk) Gaji 3000+ duit dari sumber lain 2000 = 5000
(Wang Keluar) Belanja tetap 2000+bayar ansuran itu dan ini 3000+berbelanja sesuka hati
1000 = 6000


Ringkasnya; 5000-6000=-1000 (defisit)
Dengan itu aliran tunai si A negetif. -1000 defisit yang si A gunakan itu mungkin dari hutang dengan mak ayah atau paling mudah KAD KREDIT!!!
Cth 2 (Si B):
(Wang Masuk) Gaji 1500+ duit dari sumber lain 500 = 2000
(Wang Keluar) Simpanan bulanan 200+Belanja tetap 1000+bayar ansuran itu dan ini 500+berbelanja sesuka hati 200
=1900

Ringkasnya; 2000-1900=100 (lebihan)
Dengan contoh aliran tunai si B ini pula anda dapati berlakunya lebihan setelah dijumlahkan, oleh itu aliran tunai ini adalah positif dan inilah aliran tunai yang kita mahukan.

Bagaimana untuk mendapatkan aliran tunai positif?
Satu cara yang paling mudah disebut tetapi amat susah di praktikan ialah... Berbelanja Dibawah Kemampuan Anda.. Dengan perbelanjaan cara ini anda dapat menjadikan aliran tunai anda positif.. Jangan lupa tolak dahulu simpanan anda sebelum mengira baki aliran tunai tersebut.

Jadi?? adakah anda memerlukan gaji 1 juta untuk hidup senang??? tepuk dahi tanya minda.. Maksimakan Aset, Kurangkan Liabiliti. Cuba anda bandingkan 2 contoh diatas. Siapa lebih kaya diantara si A dengan si B?? Sudah pasti si B. Kenapa?? ahaaaa..lu pikirrr la sendiri!!

Jika anda berminat untuk melakukan pelaburan atau menceburkan diri dalam bidang perniagaan, saya cadangkan agar anda kuasai terlebih dahulu aliran tunai anda sehingga menjadi positif kerana anda memerlukan simpanan yang cukup sebelum melaksanakan dua perkara tersebut. Jika anda belum mampu membuatkan aliran tunai positif. Lupakan sahaja niat anda untuk menjadi seorang pelabur atau seorang ahli perniagaan kerana anda bakal menghadapi kegagalan. Sekian...

*Sila klik sini untuk dapatkan penyata aliran tunai secara percuma dari saya
.
*Saya juga mencadangkan agar anda membaca satu ebook cashflow yang dihadiahkan kepada anda secara percuma oleh salah seorang pakar kewangan Malaysia. Klik disini untuk mendapatkan ebook tersebut.

www.tips-fb.com

Khamis, 21 Januari 2010

Jadual Gaji Kakitangan Awam 2010

12 Tarikh Keramat Penjawat Awam!! layann!!

Januari 25 hb
Februari 08 hb
Mac 25 hb
April 22 hb
Mei 24 hb
Jun 24 hb
Julai 22 hb
Ogos 25 hb
September 23 hb
Oktober 25 hb
November 10 hb
Disember 20 hb

*Jangan lupa buat perancangan ok... ;P

www.tips-fb.com

Simpan Dulu Baru Belanja!!

Simpan sebelum anda berbelanja bukan sebaliknya!!

Kebanyakan orang melakukan ini:
PENDAPATAN – PERBELANJAAN =
SIMPANAN/ PELABURAN

Anda sepatutnya melakukan ini:
PENDAPATAN – SIMPANAN/ PELABURAN =
PERBELANJAAN

Dengan cara ini, anda pasti dapat menyimpan
sebahagian daripada pendapatan yang diperolehi setiap
bulan.

"Hati-hati dengan perbelanjaan kecil. Kebocoran kecil boleh menyebabkan sebuah kapal yang besar boleh karam di lautan." Warren Buffet..

www.tips-fb.com

Aset Dan Liabiliti 2

Pentingnya tahu membezakan antara Aset Dan Liabilit!

Cuba anda perhatikan tiga gambar dibawah berhubung aliran tunai
3 golongan manusia.

1. Kaya.

Mereka berusaha untuk mengurangkan liabiliti dan menambah aset sebanyak mungkin kerana dengan adanya aset pendapatan mereka boleh bertambah tanpa perlu bersengkang mata untuk berkerja dengan teruk.

2. Sederhana.

Manakala golongan sederhana biasanya lebih banyak mengumpul liabiliti berbanding aset kerana dari pemahaman mereka liabiliti itu adalah aset.. sesuatu yang agak kesian! sebab itu biasanya golongan sederhana terpaksa bertungkus-lumus berkerja untuk meneruskan hidup, termasuklah saya sendiri!!

3- Miskin.

Ini pula diagram bagi golongan miskin. Mereka terpaksa berkerja hanya semata-mata untuk meneruskan hidup.Sebab itulah kenapa orang kaya semakin kaya, orang miskin semakin miskin.

Kesimpulanya;
"Orang kaya sentiasa menambah aset. Kelas menengah membeli liabiliti yang dianggap aset. Orang miskin hanya mempunyai belanja." ..Robert T.Kiyosaki
Sebenarnya, ungkapan orang kaya bukanlah kepada mereka yang mempunyai berjuta-juta wang tetapi tidak pandai menguruskanya. Kaya ialah orang yang mampu berbelanja kurang dari pendapatan dan hebat dalam menguruskan soal kewangan peribadi mahupun keluarga. ;P

www.tips-fb.com

Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Wedding Dresses. Powered by Blogger