Selasa, 19 Januari 2010

Aset Dan Liabiliti

Rumah?? kereta?? kapal selam?? Aset ke liabiliti tu???

Adakah kita menyangka setiap yang kita beli dan menjadi kepunyaan kita itu adalah aset?? dan adakah definisi berhubung aset dan liabiliti yang kita baca dari kamus-kamus bahasa itu memberi pemahaman sebenar kepada kita??

“Orang kaya menambah aset. Orang miskin dan kelas menengah menambah liabiliti, tetapi mereka menganggap itu adalah aset.”Jadi siapakah kita?...
Apa itu Aset?

Aset ialah sesuatu yang memasukkan wang ke dalam poket anda. (duit dan harta bertambah)
Contoh Aset; Rumah Sewa, simpanan @ ASB, tanah pertanian, saham, dividen, unit amanah, harta interlek dan lain-lain.

Apa itu Liabiliti?

Liabiliti ialah sesuatu yang mengeluarkan wang dari poket anda. (duit dan harta berkurang)
Contoh Liabiliti: Rumah sendiri, kereta, kad kredit, pinjaman peribadi/perumahan, cukai, duit poket, dan lain-lain.


Jika anda ada memasang cita-cita untuk menjadi senang dikemudian hari, jangan tambah liabiliti, sebaliknya tambahlah aset semaksima mungkin. Selalulah juga bersedekah dan jauhi dari berhutang sejauh-jauhnya. Satu kata-kata berhubung masalah hutang yang pernah saya dengar suatu masa dahulu dan saya pegang sampai sekarang; "Jika anda terasa berada didalam lubang, jangan teruskan lagi menggali, jika tidak anda pasti akan kelemasan didalamnya".. wassalam..

www.tips-fb.com

Isnin, 18 Januari 2010

Kad Kredit a.k.a Kad Hutang!


Anda Rasa Macho Guna Kad Kredit??

Tahukah anda! Kad kredit adalah satu-satunya kaedah atau cara termudah untuk bank mendapatkan keuntungan yang besar berbanding dengan urusniaga lain. Oleh itu, pada kali ini saya hendak berkongsi sedikit cara atau tip yang perlu anda tahu sekiranya anda seorang pengguna kad kredit/kad hutang.

1) Anda hendaklah merancang setiap penggunaan kad kredit anda. Ini bermakna anda tidak boleh main hentam je nak swipe kad tersebut setiap kali hendak berbelanja. Sebaiknya gunakanlah kad kredit untuk beberapa perkara sahaja seperti membayar bil-bil utiliti, mengisi minyak kenderaan, atau membeli tiket kapal terbang secara online. Harus diingat, sebelum menggunakan kad hutang anda hendaklah terlebih dahulu mempunyai bekalan yang cukup untuk membayar balik jumlah yang telah anda gunakan. Jika tidak, lupakan sahaja.

2) Elak dari menggunakan cash advance atau pengeluaran wang tunai melalui kad kredit. Ini kerana kadar faedah yang dikenakan bukannya sedikit iaitu 1.5% sebulan atau 18% setahun. Alangkah bahagianya bank mendapat dividen 18% setahun dari anda.

3) Sila selesaikan semua bil anda sebelum tarikh akhir pembayaran. Dengan membuat pembayaran penuh, anda tidak akan dikenakan sebarang interest. Jika tidak mampu untuk melangsaikan sepenuhnya, jangan sekali-kali membayar dibawah nilai minimum payment. Sebaiknya bayar semaksima yang anda mampu.

4) Sila berhati-hati dengan kad kredit anda. Pengawasan sepenuhnya hendaklah dilakukan. Jangan sampai ada pihak lain mengetahui nombor kad kredit anda. Jangan mudah terpedaya dengan panggilan telefon atau email yang meminta nombor kad kredit anda kerana orang lain tidak boleh meminta nombor kad kredit anda sesuka hati hatta pihak bank sekali pun.

5) Sila semak bil kad kredit anda. Pastikan agar semua transaksi yang dilakukan adalah kepunyaan anda. Jika ada transaksi yang mencurigakan sila laporkan kepada pihak bank atau pihak-pihak berwajib.

6) Jika anda seorang yang sudah terbeban dengan jumlah hutang kad kredit yang terlampau banyak, sila cari inisiatif untuk mengurangkan beban anda tersebut. Banyak bank yang menawarkan pinjaman untuk tujuan melangsaikan hutang kad kredit. Sekurang-kurangnya dengan pinjaman tersebut anda dapat mengurangkan kadar intrest yang tinggi berbanding kad kredit. Jika cara ini tidak dapat membantu, sila dapatkan nasihat dari perunding kewangan anda. Jangan biarkan hutang lapuk kad kredit membebani anda. Potong!!!

7) Jika anda belum mempunyai kad kredit dan bercadang untuk memilikinya, sila fikir balik sebanyak 120 kali apakah tujuan anda memilikinya, adakah anda mampu untuk mendisiplinkan diri dengan kad hutang tersebut dan adakah anda layak untuk memilikinya. Jika masih berdegil dan ingin menggunakannya juga, sila jangan guna lebih dari 1 kad sahaja.

Terima kasih kepada walafiat kerana memberikan saya maklumat lanjut berhubung penggunaan kad kredit ini.

www.tips-fb.com

Ahad, 17 Januari 2010

Simpanan Anda


Berapakah simpanan yang anda harus ada?

Allah Berfirman dengan Maksudnya;

"Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih)."

(Surah Yusuf, 48)

1-Simpanan Tetap!

Maka dengan adanya ayat diatas saya berpendapat kita harus mempunyai simpanan tetap sebanyak 7 tahun dari jumlah perbelanjaan kita untuk membolehkan kita menghadapi sebarang kemungkinan seperti sakit tenat, kemelesetan ekonomi atau sebagainya. Untuk simpanan jangkamasa panjang ini saya mengesyorkan anda membuat simpanan di tempat yang boleh mendatangkan pulangan (dividen lumayan) dan terjamin selamat seperti di ASB atau Tabung Haji.

Jumlah Perbelanjaan bulanan anda didarab dengan 7 tahun.
cth: RM2500 x 84bulan = RM210000

Dengan ini anda memerlukan jumlah simpanan sebanyak RM 210000 jika angaran perbelanjaan bulanan anda sebanyak RM2500.

2-Simpanan Kecemasan!

Selain dari simpanan tetap, anda juga wajib ada simpanan kecemasan dikhuatiri anda kehilangan kerja atau tidak dibayar gaji untuk satu tempoh yang lama. Jumlah untuk simpanan kecemasan sebaik-baiknya 6 bulan dari jumlah perbelanjaan anda. Untuk simpanan kecemasan ini, saya juga mengesyorkan agar anda menyimpanan ditempat yang sama seperti diatas.

Jumlah perbelanjaan bulanan anda didarab dengan 6 bulan.
cth: RM 2500 x 6 bulan = RM 15000

Kesimpulanya;

1-Simpanan tetap = 84 bulan perbelanjaan/gaji.
2-Simpanan Kecemasan = 6 bulan perbelanjaan/gaji.

Jika anda tidak mempunyai jumlah simpanan wajib seperti diatas, anda masih belum layak untuk mengatakan bahawa anda seorang yang kaya atau berduit. Oleh itu, berfikirlah dengan waras sebelum berbelanja atau bercadang untuk membeli kereta baru ataupun membeli sesuatu yang terlalu mahal untuk teman wanita anda. Oleh itu mulakanlah menabung dari sekarang. Tapi jangan pula lupa untuk tabung akhirat. Wassalam.. ;p

www.tips-fb.com

Jumaat, 15 Januari 2010

Kad Kredit atau Kad Debit ??


Potong!! Potong!! Potong!!

Bermula tahun 2010 ini saya bertekad untuk tidak lagi menggunakan kad kredit memandangkan banyak keburukan berbanding kebaikan yang datang dari kad hutang ini. Dari apa yang saya perhatikan, kad hutang ini merupakan kemudahan yang selalu disalah gunakan oleh kebanyakan pemilik kad tersebut.

"Tahukah anda!! Ramai dikalangan pengguna kad kredit telah menjadi penghutang tegar gara-gara penyalahgunaan dan malangnya lebih ramai lagi yang telah muflis dengannya."
Sepatutnya kad hutang tersebut menjadi satu alat untuk memudahkan kita berurusniaga dengan cepat dan mudah tanpa membawa duit tunai di tangan, tetapi sebaliknya apa yang terjadi ianya digunakan ketika kita kehabisan wang. Kesian!! Walaupun begitu, bagi anda yang masih lagi berminat untuk menggunakannya anda harus tahu selok belok cara penggunaan dan anda juga wajib tahu semua cas-cas yang bakal anda terima dari agensi kewangan yang memberikan kad itu kepada anda.

Kepada sesiapa yang berniat untuk menamatkan perkhidmatan kad kredit , 2 perkara yang perlu anda ketahui;-

1) Potong siap-siap kad kredit tersebut, bawa bersama kad yang telah dipotong ke bank dan maklumkan kepada mereka keputusan muktamad anda untuk menamatkan perkhidmatan.

2) Anda juga boleh membuat pembatalan dengan menghantar kad yang telah dipotong dengan menggunakan pos. Apa yang anda perlu lakukan ialah dengan membuat sekeping surat memaklumkan untuk menamatkan perkhidmatan kad kredit (Sila tulis nombor kad kredit anda, nama mengikut i/c dan juga nombor i/c anda) anda juga hendaklah membuat 2 salinan potocopy sebelum dan selepas kad dipotong dan tandangan hendaklah diturunkan di atas salinan tersebut.( jangan lupa pula simpan salinan untuk rujukan anda bila perlu.)


Bertukar Kepada Kad Debit!!

Saya tidak lagi menggunakan kad kredit, namun saya masih mahu menggunakan kemudahan yang sama sepertinya, oleh itu saya mengambil keputusan untuk memohon kad debit dari agensi kewangan yang menyediakan kemudahan tersebut. Untuk makluman anda, kad debit ni ibarat kad prepaid telefon je, anda perlu memasukkan sejumlah wang kedalamnya sebelum dapat digunakan. Dengan itu, mungkin saya dapat lebih mendisiplinkan diri untuk berbelanja dengan pendapatan yang saya sudah ada dan tidak lagi berbelanja dengan menggunakan pendapatan akan datang (hutang). Biasanya kad debit pun ada mengenakan sedikit yuran tahunan tetapi anda masih boleh mencari pengeluar kad debit yang memberikan servis percuma untuk seumur hidup dan biasanya servis ini bersyarat (biasalah bank) seperti melakukan transaksi sebanyak RM1200 setahun dan sebagainya.

Untuk kegunaan saya, saya telah memilih Kad Debit Visa Electron yang dikeluarkan oleh Public Bank sebagai alat untuk memudahkan urusan perbelanjaan saya terutama paypal, pembelian secara online dan juga urusniaga dari luar negara kerana dengan menggunakan debit kad biasanya cas dikenakan lebih murah (biasanya tiada cas yg dikenakan) berbanding dengan cara yang lain. Kad Visa Electron dari Public Bank ini juga teramat mudah untuk diperolehi, anda hanya perlu berumur 12 tahun keatas dan mempunyai kad pengenalan. Anda juga boleh memilih untuk membuat permohonan secara online atau secara terus dengan pergi ke bank tersebut.

Selain dari kad debit dari Public Bank, saya juga ada menggunakan kad debit dari Maybank. Saya memperolehi kad ini dengan cara tidak langsung setelah saya ke Bank tersebut untuk mengantikan kad atm Maybank yang telah rosak. Bayaran sebanyak RM 12 diperlukan untuk memperolehi kad debit/atm tersebut.Oleh itu, marilah sama-sama kita bertukar kerana anda akan tahu apa kelebihan yang bakal anda perolehi. Sekian.




*saya tidak dibayar oleh Public Bank dan Maybank untuk post ini.

www.tips-fb.com

Isnin, 11 Januari 2010

Berhati-Hati Dengan Kemewahan

Bahaya Kemewahan!

Hadis Nabi Riwayat Termizi:-

Ertinya: Daripada Ali bin Abi Thalib r.a.,

“Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus’ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah saw.melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus’ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus’ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan diMekkah).

Kemudian Nabi Muhammad saw. bersabda, “Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka’bah?”.

Maka jawab sahabat, “Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usahmencari rezeki”.

Lalu Nabi saw. bersabda, “Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu”. H.R. Termizi

Wallahua`lam..

www.tips-fb.com

Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Wedding Dresses. Powered by Blogger