Ahad, 17 Januari 2010

Simpanan Anda


Berapakah simpanan yang anda harus ada?

Allah Berfirman dengan Maksudnya;

"Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih)."

(Surah Yusuf, 48)

1-Simpanan Tetap!

Maka dengan adanya ayat diatas saya berpendapat kita harus mempunyai simpanan tetap sebanyak 7 tahun dari jumlah perbelanjaan kita untuk membolehkan kita menghadapi sebarang kemungkinan seperti sakit tenat, kemelesetan ekonomi atau sebagainya. Untuk simpanan jangkamasa panjang ini saya mengesyorkan anda membuat simpanan di tempat yang boleh mendatangkan pulangan (dividen lumayan) dan terjamin selamat seperti di ASB atau Tabung Haji.

Jumlah Perbelanjaan bulanan anda didarab dengan 7 tahun.
cth: RM2500 x 84bulan = RM210000

Dengan ini anda memerlukan jumlah simpanan sebanyak RM 210000 jika angaran perbelanjaan bulanan anda sebanyak RM2500.

2-Simpanan Kecemasan!

Selain dari simpanan tetap, anda juga wajib ada simpanan kecemasan dikhuatiri anda kehilangan kerja atau tidak dibayar gaji untuk satu tempoh yang lama. Jumlah untuk simpanan kecemasan sebaik-baiknya 6 bulan dari jumlah perbelanjaan anda. Untuk simpanan kecemasan ini, saya juga mengesyorkan agar anda menyimpanan ditempat yang sama seperti diatas.

Jumlah perbelanjaan bulanan anda didarab dengan 6 bulan.
cth: RM 2500 x 6 bulan = RM 15000

Kesimpulanya;

1-Simpanan tetap = 84 bulan perbelanjaan/gaji.
2-Simpanan Kecemasan = 6 bulan perbelanjaan/gaji.

Jika anda tidak mempunyai jumlah simpanan wajib seperti diatas, anda masih belum layak untuk mengatakan bahawa anda seorang yang kaya atau berduit. Oleh itu, berfikirlah dengan waras sebelum berbelanja atau bercadang untuk membeli kereta baru ataupun membeli sesuatu yang terlalu mahal untuk teman wanita anda. Oleh itu mulakanlah menabung dari sekarang. Tapi jangan pula lupa untuk tabung akhirat. Wassalam.. ;p

www.tips-fb.com

Jumaat, 15 Januari 2010

Kad Kredit atau Kad Debit ??


Potong!! Potong!! Potong!!

Bermula tahun 2010 ini saya bertekad untuk tidak lagi menggunakan kad kredit memandangkan banyak keburukan berbanding kebaikan yang datang dari kad hutang ini. Dari apa yang saya perhatikan, kad hutang ini merupakan kemudahan yang selalu disalah gunakan oleh kebanyakan pemilik kad tersebut.

"Tahukah anda!! Ramai dikalangan pengguna kad kredit telah menjadi penghutang tegar gara-gara penyalahgunaan dan malangnya lebih ramai lagi yang telah muflis dengannya."
Sepatutnya kad hutang tersebut menjadi satu alat untuk memudahkan kita berurusniaga dengan cepat dan mudah tanpa membawa duit tunai di tangan, tetapi sebaliknya apa yang terjadi ianya digunakan ketika kita kehabisan wang. Kesian!! Walaupun begitu, bagi anda yang masih lagi berminat untuk menggunakannya anda harus tahu selok belok cara penggunaan dan anda juga wajib tahu semua cas-cas yang bakal anda terima dari agensi kewangan yang memberikan kad itu kepada anda.

Kepada sesiapa yang berniat untuk menamatkan perkhidmatan kad kredit , 2 perkara yang perlu anda ketahui;-

1) Potong siap-siap kad kredit tersebut, bawa bersama kad yang telah dipotong ke bank dan maklumkan kepada mereka keputusan muktamad anda untuk menamatkan perkhidmatan.

2) Anda juga boleh membuat pembatalan dengan menghantar kad yang telah dipotong dengan menggunakan pos. Apa yang anda perlu lakukan ialah dengan membuat sekeping surat memaklumkan untuk menamatkan perkhidmatan kad kredit (Sila tulis nombor kad kredit anda, nama mengikut i/c dan juga nombor i/c anda) anda juga hendaklah membuat 2 salinan potocopy sebelum dan selepas kad dipotong dan tandangan hendaklah diturunkan di atas salinan tersebut.( jangan lupa pula simpan salinan untuk rujukan anda bila perlu.)


Bertukar Kepada Kad Debit!!

Saya tidak lagi menggunakan kad kredit, namun saya masih mahu menggunakan kemudahan yang sama sepertinya, oleh itu saya mengambil keputusan untuk memohon kad debit dari agensi kewangan yang menyediakan kemudahan tersebut. Untuk makluman anda, kad debit ni ibarat kad prepaid telefon je, anda perlu memasukkan sejumlah wang kedalamnya sebelum dapat digunakan. Dengan itu, mungkin saya dapat lebih mendisiplinkan diri untuk berbelanja dengan pendapatan yang saya sudah ada dan tidak lagi berbelanja dengan menggunakan pendapatan akan datang (hutang). Biasanya kad debit pun ada mengenakan sedikit yuran tahunan tetapi anda masih boleh mencari pengeluar kad debit yang memberikan servis percuma untuk seumur hidup dan biasanya servis ini bersyarat (biasalah bank) seperti melakukan transaksi sebanyak RM1200 setahun dan sebagainya.

Untuk kegunaan saya, saya telah memilih Kad Debit Visa Electron yang dikeluarkan oleh Public Bank sebagai alat untuk memudahkan urusan perbelanjaan saya terutama paypal, pembelian secara online dan juga urusniaga dari luar negara kerana dengan menggunakan debit kad biasanya cas dikenakan lebih murah (biasanya tiada cas yg dikenakan) berbanding dengan cara yang lain. Kad Visa Electron dari Public Bank ini juga teramat mudah untuk diperolehi, anda hanya perlu berumur 12 tahun keatas dan mempunyai kad pengenalan. Anda juga boleh memilih untuk membuat permohonan secara online atau secara terus dengan pergi ke bank tersebut.

Selain dari kad debit dari Public Bank, saya juga ada menggunakan kad debit dari Maybank. Saya memperolehi kad ini dengan cara tidak langsung setelah saya ke Bank tersebut untuk mengantikan kad atm Maybank yang telah rosak. Bayaran sebanyak RM 12 diperlukan untuk memperolehi kad debit/atm tersebut.Oleh itu, marilah sama-sama kita bertukar kerana anda akan tahu apa kelebihan yang bakal anda perolehi. Sekian.




*saya tidak dibayar oleh Public Bank dan Maybank untuk post ini.

www.tips-fb.com

Isnin, 11 Januari 2010

Berhati-Hati Dengan Kemewahan

Bahaya Kemewahan!

Hadis Nabi Riwayat Termizi:-

Ertinya: Daripada Ali bin Abi Thalib r.a.,

“Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus’ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah saw.melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus’ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus’ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan diMekkah).

Kemudian Nabi Muhammad saw. bersabda, “Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka’bah?”.

Maka jawab sahabat, “Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usahmencari rezeki”.

Lalu Nabi saw. bersabda, “Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu”. H.R. Termizi

Wallahua`lam..

www.tips-fb.com

Selasa, 5 Januari 2010

Amaran Keras Dari BANK NEGARA MALAYSIA

"Kat sini aku x nak komen apa-apa.. hanya nak tepek statment dari Bank Negara je.. so faham2 sendiri laa kepada sesiapa yg makan cili itew!!"

Ref No: 01/10/01

Embargo: Untuk Siaran Segera

Berhati-hati dengan Skim Urus Niaga Mata Wang Asing Secara Haram

Bank Negara Malaysia ingin mengingatkan orang ramai untuk tidak menyertai mana-mana pelaburan atau program latihan urus niaga mata wang asing secara haram yang ditawarkan oleh individu atau syarikat dalam atau luar negeri.

Orang ramai selalunya dipujuk untuk menyertai pelaburan atau program latihan seperti ini dengan janji pulangan yang cepat dan lumayan. Modus operandi program termasuk:

  • Menawarkan latihan, seminar atau bengkel percuma untuk mengumpan para pelabur, sebelum mempelawa mereka untuk membuka akaun urus niaga mata wang asing dalam talian dengan syarikat induk (kononnya mempunyai lesen yang sah untuk menjalankan urus niaga mata wang asing di luar negara);
  • Menyediakan akses mudah kepada laman sesawang syarikat induk dan kemudahan urus niaga bagi menyenangkan pelabur menjalankan urus niaga mata wang asing secara dalam talian;
  • Pengambilan siswazah baharu sebagai eksekutif pemasaran dan menggalakkan mereka untuk melibatkan keluarga dan rakan-rakan mereka dalam urus niaga mata wang asing; dan
  • Menghendaki pelabur menyimpan sejumlah wang dalam akaun bank bagi memulakan urus niaga mata wang asing, dan seterusnya meminta mereka menambah pelaburan permulaan (panggilan margin) bagi mengelakkan kehilangan modal.

Di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953, adalah satu kesalahan untuk seseorang individu di Malaysia membeli atau menjual mata wang asing atau melakukan apa-apa tindakan yang melibatkan, berhubung dengan, atau persediaan untuk, membeli atau menjual mata wang asing dengan mana-mana orang, selain daripada peniaga berdaftar. Di bawah Akta ini juga, adalah satu kesalahan untuk seseorang itu membantu atau bersubahat dengan orang lain untuk membeli atau menjual mata wang asing dengan mana-mana orang, kecuali orang tersebut ialah peniaga yang dibenarkan.

Senarai peniaga dan institusi kewangan yang dibenarkan oleh Pengawal Pertukaran Wang Asing untuk membeli atau menjual mata wang asing boleh didapati di laman sesawang Bank Negara Malaysia (http://www.bnm.gov.my).

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bank Negara Malaysia di:

BNMTELELINK (Pusat Perkhidmatan Pelanggan)
1-300-88-5465 atau
E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my

Bank Negara Malaysia
4 Januari 2010

© Bank Negara Malaysia, 2010. All rights reserved.

"Anda boleh click sini untuk statment asal dari BNM."

www.tips-fb.com

Ahad, 3 Januari 2010

Matlamat dan Perancangan


"Kau punya Gaji dengan aku punya Gaji sama je kan? Tapi kenapa aku tengok kau ok je.. x macam aku.. tengah bulan, akhir bulan je sengket separuh mati.. ooooooo... Kau makan Rasuah yaaa???"

Astaqfirullah... Biasanya itulah lontaran pertama kita terhadap rakan-rakan sependapatan. Jadi, mulai hari ini, jauhi "pemikiran negetif" itu dan amalkan "pemikiran positif".

Matlamat Dan Rancang!

Perkara pokok yang harus kita tahu ialah apakah matlamat kita. Belajar sekolah mesti ada matlamat, kerja mesti ada matlamat, kahwin mesti ada matlamat hatta hidup kita kat dunia ni pun mesti ada matlamat dan matlamat itu mesti lah betul dan lojik. Begitulah juga dengan setiap pendapatan kita, mesti ada matlamat.. Matlamatnya tak lain dan tak bukan ialah mendapat keredhoan Allah.. Amma ba`duu..

Setelah ada matlamat atau tujuan kita perlulah pula merancang sesuatu untuk mencapai matlamat tersebut.. Contoh laa, matlamat korang 10 tahun lagi korang nk buat rumah dengan anggaran nilai RM 100000 secara tunai, perancangan yang seharusnya korang buat ialah dengan menyimpan sebanyak RM 27.50 sehari dalam masa 10 tahun.

Berbalik dengan perkara asal yang saya nak sampaikan kat sini ialah berhubung perancangan kewangan anda. Apa yang perlu dirancang dan apa yang perlu dimatlamatkan?

Ok.. Matlamat pertama yang harus kita letak ialah.. "Aku mesti mempunyai wang yang cukup pada setiap bulan malah ada lebihan walaupun hanya RM 100 sahaja."

Dengan adanya matlamat tersebut insyallah anda akan mula mencari dan memikirkan cara yang sepatutnya harus dilakukan untuk mencapai matlamat itu. Untuk mencapai matlamat tersebut, perancangan mestilah dibuat dengan rapi agar anda tidak tersasar dari matlamat yang di idamkan. "Berapa banyak matlamat daaaaaaa!!!"

Apa Matlamat dan Perancangan Anda???

Jangan pula bermatlamat untuk menjadi jutawan segera ya!!

www.tips-fb.com

Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Wedding Dresses. Powered by Blogger