Rabu, 30 Disember 2009

Cerita dividen ASB

Dividen 7.3% + Bonus 1.25%


Macam biasa la..kalo masuk akhir tahun macam ni mesti ramai yang tertunggu-tunggu 4HB Jan 2010 untuk mereka pergi update buku ASB masing-masing.. al-maklumlaha dividen dah diumum 7.3%+1.25% bonus untuk tahun ni.. Kaya raya lah korang nanti ya..



Tapi apa yang aku nak kisahkan kat sini ialah masalah orang kita, bila sebut ASB 8% dividen setahun sanggup tunggu dengan waras dan sabar je.. tapi kalo bab pelaburan atau bisnes lain dapat 10% sebulan pun rasa kecewa dan hampeh buat muka ayam berak kapur..

Korang sedar tak yang hasil keuntungan korang 10% tu adalah melebihi setahun dividen ASB.. maknanya kalo korang boleh maintain je 10% sebulan untuk jangka masa panjang ,korang akan dapat 120% setahun profit (keuntungan). Bukan apa, setiap keuntungan yang kita dapat itu adalah rezeki, dan setiap rezeki itu datang dari Allah..So pandai-pandai lah bersyukur ya kawan-kawan. Jangan lah jadi tamak dan haloba dek kenikmatan dunia ni. Oleh itu selalulah mengucapkan kalimah syukur bila dapat keuntungan itu walaupun ianya sedikit.

Wassalam...


www.tips-fb.com

2010

Apa azam tahun baru anda?

Biasanya bila sampai je akhir tahun macam ni pelbagai tempat dan keadaan kita akan dapat mendengar orang akan mula berbicara tentang azam tahun baru tidak kiralah di alam nyata atau alam cyber..Sebenarnya tidak timbul persoalan adakah azam tahun sudah tercapai ataupun tidak, apa yang penting azam tu adalah target sebenarnya.

Ada setengah orang dia berazam untuk membuat suatu yang baru dan tak kurang juga yang berazam ingin menambah lagi apa yang sudah ada, kalo tak cayer cuba korang tanya Pak Abu apa azam dia, kompom dia akan kata nak tambah bini baru dan cuba ko tanya pulak mak Limah semestinya dia akan kata azam tahun baru dia nak asah lagi tajam kapak dan parang yang ada kat umah kot-kot boleh buat tetak Pak Abu kalo-kalo azam Pak Abu termakbul untuk tahun 2010 nanti.

Apapun, untuk diri aku sendiri, pada tahun 2010 nanti aku berazam untuk mencapai kebebasan kewangan insyallah secara sepenuhnya, mana lah tahu Allah nak izinkan boleh jadi termakbul. Kebebasan kewangan ni bukanlah maknanya aku nak jadi kaya, cukup hanya sekadar bebas dari hutang dan berbelanja dibawah paras pendapatan je.. tak der la sampai nak beli umah 50-60 bijik atau nak beli kereta Ferrafi pun, alaaah dunia je tuu.

Semoga aku dapat lah mencapai azam yang aku inginkan tu yaa.. sebab apa, untuk tahun 2009 ni aku berazam nak belajar selok belok cara dan kaedah untuk mencapai kebebasan kewangan ni.. dan aku rasa hampir 90% aku berjaya.. Jadi semoga kesinambungan azam tersebut akan terus membawa aku kehadapan dalam setiap perkara yang aku buat. Insyallah.

3 prinsip yang aku selalu bawa dan aku akan jaga.

1- Rancang..
2- Usaha untuk melaksanakannya..
3- Berdoa dan bertawakkal..

Insyallah selamat dunia akhirat...

www.tips-fb.com

Sabtu, 14 November 2009

Alamakk!!

Update!


Sedar tak sedar rupa-rupanya dah 2 bulan lebih aku tidak update blog ini.. adehh.. memandangkan aku agak sibuk dengan blog sebelah dan juga tugasan seharian maka blog ini tidak terjaga. Biasalah kita ni manusia kadang-kadang terpaksa dahulukan apa yang penting.. Dalam tak sedar juga anak aku dah masuk 3 bulan hari ini.. wah! dah besar rupanya anak abah.. Insyallah ada masa akan ku update balik apa yang patut dengan isu-isu yang agak hot.. Maklumlaa sekarang ni aku masih duk blaja banyak benda.. mana nak ejas untuk financial freedom nya.. property investment nya dan Forex.. tambahan pula Unit Trust sekarang ni dah sampai musim menuai so.. tengok2 aje la ape yang patut.. rutin harian pula satu jam setengah drive ke pejabat pada waktu pagi dan satu jam setengah pada waktu petang.. mak oi.. 3 jam sehari atas kereta je.. Macam tu hikayat al-kehidupan.. terpaksa melalui kesusahan demi mendapat sesuatu yang istimewa.. sapa kata hidup ni mudah?????

Gambar puteriku terkini;


www.tips-fb.com

Jumaat, 11 September 2009

Tulus Iklas di Bulan Ramadan!

Iklangg percuma untuk 3 bulan gantirugi tauladan..

Ubuntu + Celcom Broadband = Tip Top

Ahaaai Haii!!! Sambil dengar laju S-Jibeng, Sanisah Huri, P.Ramlee dan Ahmad Jais (maklumla esok nak balik kampung, hihi) aku sempat usyaa Ubuntu 9.10 (Karmic Koala) Kat pakcik Google..

Bila dan jumpa tu aku muat turun laa.. sekali laju macam speedbot tengah race dia jalan;-

350kbs/Sec - 450kbs/Sec..Hmm.. Kira OK la..!





www.tips-fb.com

Isnin, 7 September 2009

Linux ???

U buntu ke I buntu????

Seperti semua maklum.. Ubuntu Versi 9.04 (Jaunty Jackalope) telahpun di lancarkan beberapa bulan lepas. Saya dah memasang OS versi 9.04 ni hampir sebulan bagi menggantikan versi lama Ubuntu 8.10 (Intrepid Ibex).

Bagi saya x jauh sangat bezanya antara kedua2 versi ini.. tapi dari segi kelajuan ternyata versi sebelum lebih laju untuk Lap Top saya ni..

Sedikit screenshot Ubuntu 9.04 saya;-







Kepada sesiapa yang berminat, anda boleh membuat permohonan Ubuntu Live CD secara percuma di sini.

Apapun.. Ubuntu amat sesuai kepada anda yang meminati pengaturcaraan dan membenci virus..TQ

www.tips-fb.com

Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Wedding Dresses. Powered by Blogger