Khamis, 13 Ogos 2009

Jom ASB!

Kisah Abu yang Hensem!

Abu baru sahaja memasuki alam pekerjaan dengan gaji permulaan sebanyak RM 1500.
Umur dia baru je 25 tahun. Walaupun gaji Abu agak rendah jika dibandingkan dengan kos sara hidup yang tinggi masa itu namun dia tetap memasang angan-angan hendak mempunyai satu bisnes sendiri suatu hari nanti dengan modal sendiri tanpa perlu berhutang. Oleh itu, dia mula menyimpan duit sebanyak RM 150 sebulan di ASB dan RM 200 tambahan setahun dari hasil OT dan pendapatan sampingannya yang lain.



20 tahun kemudian Abu mendapati baki terkini dalam ASB nya seperti dibawah;



Cuba kita perhatikan jika Abu menyimpan di bawah bantal atau di dalam tabung buluh bawah rumahnya;

a- RM150 x 240 bulan = RM 36000 ( simpanan bulanan Abu)
b- RM 150 x 20 tahun = RM 3000 (simpanan tahunan Abu)
= Jumlah a+b= RM 39000.


Cuba Perhatikan ini pula (simpanan di ASB);

a+b= RM 39000 ( Modal Abu)
c = RM 101720.14 (Baki Simpanan Abu)

a+b-c = RM 62720 ( Keuntungan yang diperolehi Abu)

Kini umur Abu 45 tahun.. Dia amat bangga kerana sudahpun mempunyai simpanan sebanyak RM 100k hasil kesabarannya 20 tahun yang lalu.

Sekian kisah Abu yang Hensem.

*Rekod Dividen ASB 1991 hingga 2008 adalah seperti dibawah.

www.tips-fb.com

2 Komen Pembaca:

Abu berkata...

aku plak jadi contoh ko bro..

PutiH berkata...

Alahai cik Abu ni.. pemes ape.. heh


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Wedding Dresses. Powered by Blogger