Ahad, 26 Oktober 2008

Aku, Mesin ATM dan Kakiku...

Hari ini aku ke Maybank untuk mengeluarkan duit sebanyak RM 200. Sesampai aku kat mesin Maybank aku terus melangkah ke ATM. Setelah aku memasukkan kad terusku penyet-penyet nombor pinku iaitu ******. Macam biasalah aku pun tekan ler butang pilihan untuk keluarkan duit, setelah itu mesin berbunyi grekk grekk dan kad aku pun keluar balik. Tunggu punya tunggu tak keluar-keluar duit aku..aduh!! aper hal ni?. "Out Of Service" keluar dari papan pemuka mesin ATM tu.
Seterusnya aku melangkah pula pergi ke Affin Bank sebelah Maybank tersebut, macam biasalah aku cek dulu baki akaun aku dan didapati bakinya.. ok jer.. Selepas itu aku pun teruslah melakukan aksi macam kat mesin ATM Maybank tadi. Tetapi tengah-tengah aku tunggu duit aku keluar terpapar pulak perkataan"service shut down" (seolah-olah korang shut down WIndows XP). Aghhh!! aperkehal nyer nih??.. Tunggu punya tunggu mesin tu hidup balik dan hanya resit kosong yang keluar.
Aku pun cek ler balik baki aku dalam ATM tersebut setelah mesinnya on kembali dan aduh aduh aduh!!, Duitku kurang RM 200... Tanpa berlengah lagi aku pun telefon ler "service centre" Affin Bank (setelah mendapat nasihat dari seseorang) dan diorang bagitau aku duit tu akan aku dapat balik dalam masa 24 jam. Entah ler, Kalo ader rezeki Insyallah dapat la kot.. Akan Kutunggu uuu~~...

Moralnya; Jangan tendang mesin ATM jika keadaan itu melanda anda kerana sampai kesaat ini kakiku masih lagi sakit.. Besi VS Manusia macam biasa lar..ehehe ;p

www.tips-fb.com

2 Komen Pembaca:

Sang Kidal berkata...

mengapa mesin ATM yang menjadi mangsa?

PutiH berkata...

heh..kerana ia mendatangkan marah..


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Wedding Dresses. Powered by Blogger