Khamis, 16 Disember 2010

Canon 50D rockkk..!!

Assalamualaikum semua....!!



Aku sudah updrage body kamera...jika sebelum ni aku guna 1000D kan ni dah pun 50D. Ceh ayat aku ni..Mukaddimah of the story pun dah bagitau. Excited punya pasal biasa la hehe.. Sebelum aku sambar Canon 50D aku ada pergi test 4 jenis body, aku test sampai lebam..mo 3 4 kali taukey kedai menjeling kat aku time ngetes kamera tuu..ape aku peduli yang penting aku dapat mencuba dengan puas hati sebelum beli (Jangan lupa yang pengguna berhak membuat pilihan)..lagipun bukannya murah benda ni.. 4 kamera yang aku test tu ialah Canon 60D, 50D, 7D dan Nikon D90.. Pada pendapat aku dalam 4 bijik kamera ni aku paling berpuas hati dengan Canon 7D sebenarnya..tapi memandangkan harga body Canon 7D agak mahal dan x sanggup aku pecahkan poket untuk dia aku angkat je 50D.. tapi kenapa aku x ambik Canon 60D atau Nikon D90 ya??

Ok macam ni..sebenarnya 60D dan D90 bukanlah tidak bagus malah amat bagus dan agak berbaloi-baloi bagi sesiapa yang ingin memiliki atau dah pun memilikinya.. Faktor aku x ambik 60D ni sebab bagi aku 60D ni bukanlah upgrade dari 50D tapi mcm kamera pertengahan diantara 550D dan 7D.. Screennya yang boleh ubah membuatkan aku takut kalo2 Aina main-main kat screen tu dah prappppp patah.. menangis woo.. Lagi satu faktor kecepatan proses gambar diantara 50D dan 60D ternyata 50D menang.. Mybe sebab 50D menggunakan 2 sensor disamping 50D menggunakan CF memory card berbanding 60D yang hanya menggunakan SD card. tapi dalam bab autofokus memang aku akui 60D ada laju skit tapi sikitt jee.. (macam xder beza pun sebenarnya..haha).. Lagi satu faktor body.. 50D menggunakan jenis Metal aloy ape kebenda tah..60D pula berbody plastik....memang tidak dinafikan 60D ada menyediakan fungsi untuk mengambil Video HD..tapi benda tu tidak penting untuk aku sebab aku hanya nak ambil objet pegun..kalo nak ambik video bagus aku beli handicam...itu je kot aku rasa antara sebab aku sapu 50D dan tidak 60D..

Kenapa pula tidak Nikon D90?? ok kat sini aku ada beberapa sebab je..antaranya aku dah terbiasa dengan sistem canon dan aku dah mempunyai beberapa gear yang hanya untuk Canon..kalu angkat D90 rasanya kena mula dari 0 balik..nak kene beli gear-gear baru balik..Faktor lain pula adalah kerana jiwa dan raga aku masih terpikat dengan kecantikan gambar yang dihasilkan oleh Canon berbanding Nikon walaupun ramai orang cakap benda tu boleh di edit... tapi tak dinafikan la dari segi ketajaman gambar Nikon menang dan autofokus D90 lebih laju dari 50D disampaing AF assist Lamp Nikon memang Rock.. Best untuk main CLS.. (Canon 50D pun boleh main CLS maaaa..guna lampu suluh je..hehehe).. Aku rasa itu je la yang dapat aku tulis kat sini pasal kamera baru aku ni.. dan kat sini ada 2 3 keping gambar hasil dari kamera baru..sekali pandang macam xde beza sgt pun dengan 1000D...

Tedenggggggg...!!!


Ini gambar pengantin..


Ini pula gambar isteri aku yang tercinta...


Dan ini pula gambar budak yang agak famous kat FB aku...semestinya anakandaku Nur Aina Aisyah...

Sekian Terima Kasih......

www.tips-fb.com

Sabtu, 20 November 2010

Lama tak Update

Kekasihku Yang Hitam Manis

Assalamulaikum Bebbbb..!!

Lama benar dah rasanya aku x update blog yang agak aku cintai ni..tak pe.. sebab lama x update kali ni aku nak tulis pasal kekasih hatiku yang baru.. Baru tak baru jugak la dah hampir setahun aku bercinta dengan ia ni.. Mybe rasa macam dah nak tukar kekasih baru yang lebih elegant dari dia ni.. tapi walaubagaimanapun.. Dia ni tetap Besttt... banyak benda aku dah dapat dari dia..

Tedenggggggggg....!!!!


aHaaaa.. Ini la kekasih baru ku.. aku pinang dia ni dengan kos yang murah tapi amat berbaloi-baloi jika nak bandingkan khidmat dia yang bagi untuk aku... Canon 1000D..tatau la naper dulu waktu memula aku nak beli kamera hati aku terpaut sangat pada kamera ini.. Lens kits asal 18-55mm yang macam dalam gambar melekat kat body tu (atas tu) dah takder..aku pi trade in dgn Lens 18-135 macam gambar kat bawah ni...



Haa..!! Untuk Speedlite pula aku just beli Nissin 662 je.. cukup dah benda ni bagi aku untuk belajar tentang pencahayaan ni..Beginer beb..!!! nak beli mahal2 buat benda?? membazir gak kalo tak optimizekannya...Nissin tu cam gambar kat bawah ni..!!


Lepas tu...memandangkan 1000D ni agak kecik dan aku nak poyo suh nampak besar disamping syok bila pegang dan mudah nak tekan shuter dalam keadaan menegak aku pi tambah plak dengan bateri grip macam dalam gambar kat bawah ni..


Biasanya..kalo orang yang banyak duit atau orang yang dah lama berkecimpung dalam bidang fotografi dorang takkan beli dah kamera macam aku ni.. biasa la.. kamera ni kategori beginer dan harga pula agak murah dan bagi aku DSLR 1000D paling murah kat atas muka bumi ni.jika dibandingkan dengah hasil yang diberikan olehnya. Bak kata mat-mat indon kat forum dorang.. 1000D yang murah meriah...!! Keh keh..

Apa sebab aku pilih Canon 1000D untuk permulaan..??
Untuk makluman..aku ni amat meminati fotografi sejak sekian lama dah..cuma tak mampu nak beli kamera DSLR dan aku pun x der survey harga DSLR ni dulu.. tau tau xde la mahal sangat kalo yang Half frame camni.. Ok..Berbalik kepada soalan..Sebelum aku nak beli kamera ni..aku ada buat survey pasal DSLR yang harga murah dan berkualiti..bila aku bandingkan dengan beberapa kamera aku dapati Canon 1000D ni memang sesuai sangat dengan aku.. sebab dia ada live view dan amat selesa bila aku gunakan.. Hampir 3 minggu gak usyaa baru beli ni..

Dari mana aku belajar menggunakan DSLR??
Waktu memula aku beli benda ni..aku manfaatkan time nak beli tu..buat perjanjian dengan tokey kedai... perjanjian dia..kalo aku beli dia akan ajar aku guna benda ni basic2 je la macam Speed shuter, apeture dan ISO... kegunaan P Av Tv dan M.. aku belajar kat kedai dia je.. ada la dalam 1 jam je kot..Kah Kah Kah.. haaa... untung giler rasa sebab dengan jumlah yang aku bayar untuk kamera tu..aku dapat free basic lagi pasal DSLR...Lepas tu sambil-sambil guna benda ni aku duk google je kat tenet setiap benda yang ada hubung kait dengan penggunaan DSLR sehinggalah aku terjumpa site-site ini, ini dan ini. 3 web forum ni banyak bagi aku ilmu dalam dunia DSLR.

Sekian dulu la kot.. nanti aku sambung lagi apa yang best pasal kekasih gelapku ini.. Kat bawah ni aku pacak 2 3 keping gambar Anak aku Aina Aisyah yang aku tangkap menggunakan Kamera Murah aku ni.. Cau..!!






Untuk makluman: gambar2 diatas tidak diedit..hanya meletakkan frame dan watermark sahaja.. semua tone kaler dia tu ori dari kamera..just guna custom picture style..TQ

www.tips-fb.com

Khamis, 27 Mei 2010

3 Bulan Samantah

3 Bulan ?

Menatap indah panorama pencipta,
Realiti sang ago mencari pelita,
Antara mereka atau aku dan dia?
Berpusi bersyair samantah dilema..

*empat rangkap mewakili 3 bulan.

www.tips-fb.com

Selasa, 2 Februari 2010

Over Draf!

Apa itu Over Draf (OD)?

OD ialah sejenis pinjaman yang diberikan oleh bank kepada individu mahupun syarikat bertujuan agar si peminjam sentiasa mempunyai bekalan duit untuk menyokong sebarang perbelanjaan yang memerlukan pendahuan atau mungkin duit yang banyak tanpa perlu meminjam terlebih dahulu dari mana-mana tempat. Walaupun OD ini juga termasuk dalam ketegori pinjaman namun ianya amat berlainan dari pinjaman yang lain. OD tidak sama dengan pinjaman peribadi, OD juga tidak sama dengan pinjaman perumahan, kereta atau mana-mana pinjaman yang mengenakan kadar faedah untuk setahun kerana OD hanya mengenakan faedah harian kepada penggunanya dan jika pemilik OD tersebut langsung tidak menggunakan wang dari akaun OD tersebut maka tiada faedah yang dikenakan.

Bagaimana hendak mendapatkan OD?

OD hendaklah disandarkan atau dicagarkan dengan beberapa jenis aset seperti yang telah ditetapkan oleh pihak bank. Ada yang pelukan rumah sebagai cagaran, ada juga yang perlukan tanah dan ada juga bank yang perlukan wang tunai didalam akaun ASB atau Fixed diposit untuk dijadikan cagaran.

Kebaikan dan keburukan OD.

1) Kebaikan- Jika wang dari OD digunakan dengan baik dan bijak, banyak kemudahan yang boleh penggunanya nikmati. Apa yang bagusnya ia boleh dijadikan salah satu tools untuk kita menambah kekayaan! wow!!30 dirham!!!
2) Keburukan- Jika anda menggunakan kesemua wang dari OD tersebut tanpa dapat membayarnya kembali. Aset yang dicagarkan akan diambil sepenuhnya oleh bank.

Cara untuk memohon OD-ASB.

1)Bawa buku anda ke PNB atau ASNB jadikan nilai dalam buku tersebut sebagai sijil.
2)Bawa sijil tersebut ke bank yang anda ingin buat OD.
3)Bank akan tawarkan kepada anda jumlah potongan BLR mereka kepada anda. ( setakat ini CIMB paling rendah yaitu -2%)
4)Bank juga akan tawarkan berapa peratus dari jumlah aset anda yang akan diberikan kedalam akaun OD (biasanya 90%-95%)
5)Buka Akaun Semasa.
6)Tunggu panggilan dari pihak bank untuk tandatangan LO.
7)Setelah itu, tunggu beberapa minggu untuk duit masuk ke Akaun Semasa anda.
8)Setelah duit masuk anda bolehlah menggunakannya.

Lihat pengiraan BLR dibawah;

Kadar faedah OD = BLR -2 (bank tawarkan)
kalau BLR semasa ialah 5.5% maka
Kadar faedah OD anda = 5.5% -2% = 3.5% (untuk setahun. sila bahagi 3.5% dengan 365 hari untuk dapat jumlah sehari.)
Anda juga perlu ingat yang BLR boleh berubah dan jika BLR naik ke 12% maka kadar faedah OD anda juga naik menjadi 10%


Wassalam..

www.tips-fb.com

Isnin, 1 Februari 2010

Kebebasan Kewangan!

Kenapa Kebebasan Kewangan Itu Penting?

Ramai manusia diatas muka bumi ini yang bersungguh-sunguh untuk mengejar kekayaan tanpa sebab dan matlamat yang betul. Apa yang pasti kekayaan menjadi milik mereka dan mereka boleh membuat apa saja yang dihendaki tanpa ada apa-apa halangan. Itulah sebabnya tidak hairan jika saya mendengar ramai diantaranya sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan kekayaan, ada yang sanggup berkerja tanpa mempunyai rehat yang mencukupi dan tak kurang juga yang sanggup mencuri, tikam loteri (walaupun tidak pernah kena,hihi) hatta sampai satu tahap sanggup untuk membunuh kerana semata-mata ingin mencari kekayaan atau dalam bahasa mudahnya hanya kerana DUIT!!! belum lagi masuk cerita orang-orang yang asyik kena tipu dengan skim cepat kaya walaupun sudah pernah terkena.

Seharusnya kita hendaklah dahulu mencari apa matlamat sesebuah kekayaan itu. Tidak semestinya seseorang yang kaya itu boleh membuat dan membeli apa sahaja seperti membeli jet pejuang (walaupun tanpa enjin), kepala kereta api dan sebuah kapal sebesar kapal Titanic.. sebenarnya bukan begitu..saya ulanginya..Bukan!! Bukan!! dan Bukan!!!!! Cukuplah kekayaan yang anda cari itu dengan bermatlamatkan untuk menghindari dari dipijak, dihina dan dikeji oleh masyarakat dan dunia amnya, kerana "kepapaan dan kemiskinan itu boleh membawa kepada kekufuran," dan dari pandangan Islam itu sendiri mencari kekayaan adalah dituntut. "Zuhud bukan bererti tidak mempunyai harta, tetapi kita dapat menahan nafsu dari memiliki sesuatu yang membazir walaupun kita mampu" salah satu kata-kata yang saya petik dari salah seorang Menteri Besar di Malaysia ini. Jika tidak percaya anda boleh membacanya sendiri di majalah bisnes terkenal Off The Edge. Klik sini untuk melihat majalah kewangan tersebut.

Berbalik kepada bab asal yang saya hendak sampaikan, sebenarnya tuan-tuan dan puan-puan, erti kebebasan itu sendiri membawa maksud "bebas"... bebas dari segala-gala yang boleh membelenggu jiwa dan raga kita.. Jika sebuah negara yang sedang berperang pula sudah semestinya mereka inginkan kebebasan dari perperangan.. begitu juga jika sesebuah negara itu sedang menghadapi masalah kebuluran, sudah tentu mereka mahu bebas dari masalah tersebut..bebas dengan bermaksud mereka boleh mendapatkan makanan dengan mudah. Oleh itu, dari sudut kewangan pula, kita sewajarnya memiliki kebebasan dari belenggu masalah yang disebabkan oleh wang seperti berhutang dengan ketara, memiliki kemahuan yang tidak sepadan dengan pendapatan dan yang paling dangkal ialah ingin memiliki setiap apa yang orang lain ada!!

Jika kita memahami maksud sebenar kebebasan yang saya maksudkan ini, insyallah kita akan menjadi seorang cemerlang, gemilang dan terbilang seperti kata mantan PM kita dulu.. Kenapa saya kata begitu? kerana...dengan adanya matlamat untuk mencapai kebebasan kewangan kita mesti mulakan dengan membuang tabiat buruk membazir dan akan berusaha untuk mula menyimpan semaksima yang mungkin, kerana dengan adanya simpananlah langkah pertama kita untuk mencapai kebebasan kewangan itu akan bermula.. "Ikan dilautan dari zaman Nabi Adam sampai sekarang tidak habis-habis, terpulanglah kepada kita samada hendak pergi memancing sendiri atau membeli sahaja dikedai." SEKIAN...

Fakta: Penyanyi Kurt Cobain membunuh diri di kala dia sedang terkenal. Ramai juga bekas ketua negara meletak jawatan di saat mereka sedang berada di puncak pemerintahan... sebab tu lah saya pun berhenti menulis dikala cerita tengah berkobar-kobar..hahahaha

www.tips-fb.com

Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Wedding Dresses. Powered by Blogger