Sabtu, 2 Januari 2010

Gaji Anda

Apa yang anda perlu tahu tentang gaji anda?

Kerja kerajaan = 25hb dapat Gaji.
Kerja swasta = cukup bulan dapat Gaji.
Kerja sendiri = hari-hari dapat Gaji (jika rajin).

Semua kerja yang mendatangkan hasil (berupa wang) dipanggil Gaji.

Berapakah jumlah Gaji yang cukup untuk diri kita?

Berbelanja kurang dari pendapatan, Insyallah Gaji anda akan cukup. Bagaimana tu?

Gaji RM 5000. Belanja RM 4000.
Gaji RM 3000. Belanja RM 2500.

Gaji RM 2000. Belanja RM 1800.

Gaji RM 1000. Belanja RM 900.

"Cakap boleh la bro..gaji RM 2000 macam mana nk belanja RM 1800 sahaja? Mana nak bayar kereta lagi, makan lagi, itu ini lagi..?

Yala.. Macam mana nak cukup jika gaji anda hanya RM 2000 sebulan tapi pakai kereta Honda Civic 2.4. Cuba pakai Produa Kancil??? Makan plak bawak bekal setiap hari ke pejabat..malu?? anak bini korang x makan ada orang ambik kisah?"...!

Perancangan!

Anda seharusnya merancang perbelanjaan dan mengetahui susunan pembahagian gaji anda untuk setiap bulan. Dengan itu anda dapat merancang setiap perbelanjaan tanpa perlu berhutang.

Pembahagian Gaji anda!

1- Bayar untuk diri anda terlebih dahulu. Oleh itu, ambil dahulu sekurang-kurangnya 10% dari gaji anda untuk disimpan di tempat yang boleh mendatangkan faedah kepada anda seperti ASB atau tabung haji. ( 10%)

2- Selesaikan semua bil-bil anda seperti bil telefon, bil air, elektrik dan lain-lain bil yang sepatutnya. (10%)

3- Bayar ansuran kereta dan rumah anda jika ada. (20%)

4- Guna untuk perbelanjaan dapur, keluarga dan diri anda sendiri untuk bulan tersebut. cth: beli beras, belanja nursery anak, duit minyak kereta, tol dsb.. ( 50%)

5- Seterusnya anda mesti mempunyai lebihan sebanyak 10% dari gaji untuk rezab simpanan anda dikhuatiri ada kes-kes kecemasan, sekurang-kurangnya ia tidak menggangu simpanan yang anda ada. (10%)

Kesimpulannya:

Gaji RM 2000.



Dari contoh diatas, saya yakin anda akan dapat menyesuaikan diri anda dengan pendapatan yang anda ada.

Jika anda memiliki kehendak melebihi gaji anda, anda hanya ada 2 pilihan sahaja.

1- Cari pendapatan sampingan. atau.
2- Lupakan saja kehendak anda itu.

Selesaiiii!!!

www.tips-fb.com

Tong Tong Tong!

Tong yang kosong akan berbunyi lebih kuat dari tong penuh berisi apabila diketuk. Peribahasa Melayu

Hanya sekadar renungan berdasarkan peribahasa Melayu diatas. Oleh itu, berhati-hatilah dengan tong yang kosong itu semoga anda tidak menyesal untuk kemudian hari...

"tong tong tong"..........

"Orang yang merasakan dirinya beharga, mereka tidak memerlukan benda mahal untuk diletakkan pada diri mereka dan disekeliling mereka. Kerana mereka sudah ‘mahal’. Itu kata sifu saya. Walau bagaimanapun ianya bukan bermaksud kita tidak boleh memiliki benda yang mahal. Terpulang kepada kita bagaimana untuk menaksirkan maksud itu." Shamsudin Kadir..

www.tips-fb.com

Rabu, 30 Disember 2009

Pelaburan Bijak



Labur jangan Lebur!


Seorang pelabur yang bijak semestinya akan melihat kepada risiko dalam sesuatu pelaburan terlebih dahulu sebelum melihat hasil keuntungan yang akan diperolehi.

Seorang Pelabur yang bijak juga akan memilih untuk melaburkan duitnya di tempat yang lebih selamat terlebih dahulu sebelum memilih yang berisiko tinggi.

"High Risk, High Return"

Biasanya kita selalu memerhatikan perkataan High Return dan jika anda juga begitu ternyata anda berada dalam posisi yang amat bahaya.

Di bawah ini saya senaraikan tempat yang boleh anda jadikan platform pelaburan yang sesuai;

  • Amanah Saham Bumiputera - 7-10%
  • Fixed Deposit 4%
  • Unit Amanah Lain - 7-20%
  • Insuran/takaful untuk diri sendiri dan keluarga pun boleh dikira saving juga.
  • property (hartanah)- 10% - 100%
  • stock, forex etc - Tiada Limit
* atas lebih rendah risiko dari bawah.

Sebaiknya mulakan melabur ditempat yang paling rendah risiko kerugian tetapi ini tidak bermakna anda tidak boleh menceburkan diri kedalam bidang pelaburan yang tinggi risiko

www.tips-fb.com

Jauhi Skim Cepat Kaya!


Apa itu skim Pak Man Telor/ponzi skim?

"Goyang kaki di rumah, duit masuk seperti air yang melimpah ruah!"

"Anda tidak perlu bekerja lagi"

"Biarkan duit bekerja untuk anda"

Antara ayat-ayat power pengamal skim cepat kaya.


Bagaimanakah caranya anda hendak mengenali skim cepat kaya ini?

1- Pelaburan yang memberikan kadar pulangan yang tetap dan tinggi ; 15% - 100% sebulan.

2- Perniagaan Jualan Langsung yang tidak mempunyai Produk.

3- Pelaburan yang memberikan hadiah atau imbuhan berupa wang atau harta secara tetap jika anda berjaya membawa orang lain mengikutinya.

4- Anda akan diwar-warkan dengan pelbagai janji manis.

Skim cepat kaya biasanya wujud dalam pelbagai bentuk pelaburan dan perniagaan terutama yang mudah dimanipulasi seperti;

1- Syarikat Jualan Langsung.

2- Koperasi.

3- Syarikat Perniagaan barangan keperluan.

4- Pertukaran matawang asing (FOREX)

5-Saham

6- Dan segala yang boleh menampakkan duit duit duit..

Modus Operandi.

Cara Skim Cepat kaya beroperasi;

cth: Syarikat A bagi dividen 30% sebulan selama 10 bulan.

Si B dan C melabur RM 10, 000 bulan Jan. Si D melabur RM 10, 000 bulan Feb.

Untuk dividen bulan Feb Si B dan C akan dibayar sebanyak 30% dari pelaburan setiap seorang iaitu bersamaan RM 3000 seorang. Duit dividen tersebut datangnya dari duit si D. Oleh kerana si B dan C ghairah dek pulangan pelaburan tersebut maka si B dan C akan mengajak lebih ramai lagi orang untuk turut melabur sama dan dalam masa yang sama juga mereka akan cuba memperolehi Duit yang lain untuk menambah pelaburan. Kesimpulannya, pengamal skim cepat kaya ini akan terus dapat beroperasi selagi ada pelabur yang melabur kepada mereka.

Siapa yang selalu terjebak dengan Skim Tamak haloba ini?

1- Sesiapa sahaja yang tamak.

2- Sesiapa sahaja yang jahil dalam bab kewangan dan pelaburan.

3- Sesiapa sahaja yang telah ditakdirkan terjebak.. hahaha

Jika anda ingin membuat pelaburan atau perkongsian perniagaan sila dapatkan nasihat dan pandangan terlebih dahulu dari institusi kewangan seperti Bank Negara. Jadilah seorang pengguna yang bijak. Katakan tidak kepada SKIM CEPAT KAYA kerana ia akan membunuh anda.

Wallahua`lam..

www.tips-fb.com

Semak Kedudukan Kewangan Anda!

Apa yang anda perlu sediakan untuk tahun 2010?

Anda perlu mengikuti apa yang akan saya tulis kat bawah nanti jika anda dalam keadaan;

a) Berhutang dengan ketara.
b) Hutang kredit kad sampai 2 3 keping semua full..
c) Dapat gaji tak sampai akhir bulan dah habis.
d) Duit gaji sap sap soi atau ngam ngam..
e) Selalu melambat-lambatkan urusan pembayaran hutang termasuk hutang kereta, rumah sewa, bil-bil api, air, internet dan apa-apa yang berkaitan.
f) Hidup dalam keadaan tidak tenang dan selalu tension bila sebut pasal duit dan hutang.
g)Berangan-angan nak hidup senang..

*jika anda tidak termasuk dalam senarai diatas sila abaikan post saya ini.


Langkah-langkah yang anda perlu ambil adalah;

1- Senaraikan semua aliran tunai anda.

Apa yang anda perlu senaraikan ialah;

i) Aset
ii) Liabiliti
iii) wang masuk
iv) wang keluar
v) lebihan atau defisit ( kekurangan)

Untuk semua yang di atas anda terlebih dahulu perlulah mengenal apa itu aset dan apa itu libiliti..
i) Aset - harta yang anda ada, cth: rumah, jet peribadi, kapal selam atau duit tunai.

ii) Liabiliti - HUTANG termasuklah rumah, kereta yang masih dalam proses jual beli..

iii) Wang Masuk - semua hasil yang mendatangkan duit kepada anda. Cth: duit gaji, duit jual burger, duit jumpa belakang rumah.

iv) Wang Keluar - semua perbelanjaan wajib dan sunat korang setiap bulan.Cth: bil air, api, makan, minum, minyak kereta dsb.

v) Lebihan atau Defisit - Wang masuk tolak Wang keluar = Lebihan/defisit
cth: wang masuk RM 3000, wang keluar RM 4000 = Defisit RM 1000.(berhutang)

2- Catit setiap perbelanjaan anda.

pergi pasar beli sayur, TULISSS!
singgah kedai beli rokok, TULISS!
isi minyak kereta pun, TULISS!
bagi duit kat anak 10sen pun TULISS!

Pendek kata jangan tipu diri anda sendiri, TULISS! semua perbelanjaan keluar anda setiap hari dan nilaikan sendiri berapa anda berbelanja secara purata untuk sebulan.

3- Rancang untuk masa depan.

Jika anda baru bekerja tentu untuk merancang itu menjadi lebih mudah kepada anda tapi macam mana pula jika anda dah tenat dalam kewangan?

tak der sesiapa pun boleh menolong anda kecuali anda sendiri, caranya ialah anda wajib menyusun kembali kedudukan kewangan anda.

i) apa yang perlu anda lakukan ialah, cuba selesaikan atau kurangkan jumlah hutang anda sekarang dan jangan sesekali menanbah hutang walaupun berhutang itu hukumnya harus.

ii) Rancang perbelanjaan anda dengan membuat senarai semak lengkap apa yang perlu anda belanjakan dahulu dan abaikan apa yang tidak perlu seperti lepak di kedai kopi dsb..

iii) Ambil dahulu minimum 10% dari gaji anda untuk disimpan setiap kali anda mendapat gaji.. jangan sesekali belanja dahulu kemudian yang lebihan baru simpan.

v) buat perancangan untuk 3 peringkat 1) jangkamasa pendek 2) sederhana 3) panjang.

4- Laksanakan apa yang anda rancang 100%

Untuk mencapai apa yang anda inginkan, anda tidak dapat lari dari melaksanakan apa yang anda rancang itu dan jangan sesekali hanya hangat-hangat tahi ayam.. kerana kemudian hari anda akan rasa perubahannya..

Tools2 yang perlu anda boleh cari kat google,, belambak ada.. nak atau tidak je... SEKIAN...

www.tips-fb.com

Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Wedding Dresses. Powered by Blogger