Rabu, 14 Januari 2009

ATLANTIS “Benua yang Hilang??



Benua Atlantis?? Ya.. Sebuah benua yang besar dan mempunyai peradaban yang tinggi seperti yang diceritakan oleh ahli ilmu mantik yunani “plato” didalam beberapa kajian beliau. Sebenarnya masih banyak kajian yang sedang dijalankan oleh pakar kaji purba dan juga ahli-ahli geologi berhubung misteri benua ini. Mengikut perkiraan dari Plato, benua tersebut terletak di dalam gambar seperti yang telah dilakarkan oleh beliau dibawah ini;



Plato ada menulis didalam buku beliau yang berjudul Timaeus: Di hadapan "Selat Mainstay Haigelisi, ada sebuah pulau yang sangat besar, dari sana kalian dapat pergi ke pulau lainnya, di depan pulau-pulau itu adalah seluruhnya daratan yang dikelilingi laut samudera, itu adalah kerajaan Atlantis. Ketika itu Atlantis baru akan melancarkan perang besar dengan Athena, namun di luar dugaan Atlantis tiba-tiba mengalami gempa bumi dan banjir, tidak sampai sehari semalam, tenggelam sama sekali di dasar laut. negara besar yang mempunyai peradaban tinggi itupun lenyap dalam semalam."

Mungkinkah kaum atlantis ini kaum yang hidup dizaman Nabi Allah Nuh a.s?? Ada kebarangkalianya kerana mengikut perkiraan Islam banjir besar pernah berlaku dizaman Nabi Allah Nuh a.s dan banjir tersebut telah menenggelamkan kesemua permukaan bumi sehingga baginda digelarkan sebagai “bapa manusia kedua” selepas Nabi Adam a.s.

Solon ( 639-559 SM), merupakan salah seorang dari 7 cendikiawan Yunani Kuno ada menceritakan perihal Atlantis didalam syairnya. "Ada sebuah daratan raksasa di atas Samudera Atlantik arah barat Laut Tengah yang sangat jauh, yang bangga dengan peradabannya yang menakjubkan. Ia menghasilkan emas dan perak yang tak terhitung banyaknya: istana dikelilingi oleh tembok emas dan dipagari oleh dinding perak. Dinding tembok dalam istana bertakhtakan emas,cemerlang dan megah. Di sana, tingkat perkembangan peradabannya memukau orang. Memiliki pelabuhan dan kapal dengan perlengkapan yang sempurna, juga ada benda yang bisa membawa orang terbang. Kekuasaannya tidak hanya terbatas di Eropa, bahkan jauh sampai daratan Afrika. Setelah dilanda gempa dahsyat,tenggelamlah ia ke dasar laut beserta peradabannya, juga hilang dalam ingatan orang-orang."



Kebarangkalian wujudnya benua yang hilang ini dikukuhkan lagi dengan penemuan sebuah Kota Kristal di bawah dasar laut Bahama oleh Robert Charmux seperti yang dinyatakan beliau dalam “Dokumen kunonya”. Dan pada tahun 1970-an, seramai 5 orang penyelam telah menyelam ditempat yang telah dinyatakan oleh Robert Charmux dan para penyelam tersebut berjaya menjumpai sebuah pyramid Kristal yang berwarna emas , kemudian para penyelam tersebut mengambil sedikit dari Kristal tersebut untuk dibuat kajian. Setelah kajian dibuat, pakar mendapati Kristal tersebut dapat menyembuhkan penyakit kulit dan metod-metod tersebut masih tidak dijumpai hingga kehari ini dimanakah ianya berasal.



Sebuah jalanraya yang besar juga turut ditemui ditempat kota Krital itu berada dan ahli sains masih belum dapat membuktikan teknologi apakah yang digunakan oleh pakar-pakar atlantis untuk membuat jalanraya tersebut kerana keadaanya masih lagi elok walaupun sudah melebihi 10 ribu tahun ditenggelami air laut.

Banyak lagi bukti-bukti penemuan yang berkait rapat dengan kewujudan benua Atlantis ini. Jadi adakah benua ini benar-benar wujud seperti yang digambarkan oleh ilmuan-ilmuan kuno ?? tepuk dada dan luu pikirlah sendiri.

Di bawah ini ada aku selitkan beberapa keping lagi lakaran yang telah dibuat oleh ahli ilmuan purba.





Walaubagaimanapun, masih banyak kekhilafan dari para ilmuan berhubung kesahihan kisah benua yang hilang ini. Untuk mendapatkan lebih ketepatan darisegi kesinambungannya haruslah kiranya kita mencarinya didalam Al-Quran dan Hadis Nabi S.A.W kerana disana ada jawapannya, mungkin secara tersurat atau mungkin tersirat…Sekian..

www.tips-fb.com

2 Komen Pembaca:

Tanpa Nama berkata...

bagus bangat cerita ni ya pak..

Tanpa Nama berkata...

benar ke atlantis ni wujud atau ianya sekadar mitos..kalau betul mmg manusia telah mencapai tahap kemajuan dari dulu lagi lah..


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Wedding Dresses. Powered by Blogger