Ahad, 26 Oktober 2008

Kisah Kereta Dan Ikan Terubok Masin..

Jarak rumahku dengan tempat kerja lebih kurang 120 km, oleh kerana itu aku terpaksa menyewa sebuah lagi rumah berhampiran tempat kerjaku dengan 2 orang rakan sekerja bagi membolehkan aku melepakkan diri disana dikala waktu penat nak balik rumah.

Disebabkan kereta Turboku dah terlalu uzur, aku nekadkan diri untuk menjualnya. Tanggal 13/10/08 maka terjuallah kereta ku itu kepada seorang pembeli yang amat meminatinya. Aku pun heran pasal apa la beriya-iya sangat Chinese Buyer tu nak beli kereta aku. Tak kisah la janji ianya dah terjual (dgn harga yang amat berpatutan, stendek broker maut, hehe) sekaligus terlepaslah hasratku.
Empat hari kemudian setelah membulatkan hati sesudah berfikir, aku nekadkan diri ke Perodua untuk membeli sebuah kereta buatan Malaysia yang standartnya boleh dikatakan sedang-sedang aja. Hatiku berkata 100% aku akan dapat kereta tersebut dalam masa terdekat.
Aku berurusan dengan seorang dealer yang juga dari bangsa Chinese (yang mempunyai lidah yang lembut), dealer tersebut berjanji nak tolong aku uruskan loan untuk kereta tersebut bagi membolehkan aku memilikinya secara hutang.
22/10/08 aku ke Kuching, Sarawak untuk mengikuti satu program rasmi Kerajaan Malaysia. Setelah selesai program tersebut pada keesokan harinya aku bergegas bersama rakan-rakan dibantu oleh bidadari sejawatan dari Bumi Kenyalan ke Pasar Satok untuk membeli ikan Terbok Masin kegemaran Isteriku, waktu syok-syok tengah memilih beban Kilogram MAS tersebut aku terima satu panggilan dari Maybank iaitu tempat aku panjangkan dokumen untuk berhutang demi membeli kereta. Kusangkakan berita baik rupa-rupanya berita yang lebih baik aku terima iaitu hutangku ditolak kerana komitmen ku tinggi katanya. Aduh, aku bersedih 5 saat kerana itu. Tapi hakikatnya aku berjaya sebab tak dapat berhutang. (sesungguhnya orang yang suka berhutang itu sempit pintu rezekinya; kata guruku).
Alasan Bank tu tak lojik pulak kalau nak difikirkan, aku dah mempunyai sebuah kereta yang masih dalam proses hire purchase... kereta tu pulak kakak aku kat kampung yang pakai.
Alamatnya merempit kembali lah aku buat sementara waktu sejauh 120km sehari ( kalau larat).
Kesimpulannya, belilah kereta secara CASH sebab itu lebih berbaloi..

p/s; korang baca jer cerita aku tu, tak payah nak pikir sebab aku pun tak pikir 100% bila aku tulis tu... ;P

www.tips-fb.com

0 Komen Pembaca:


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Wedding Dresses. Powered by Blogger