Ahad, 26 Oktober 2008

Aku, Mesin ATM dan Kakiku...

Hari ini aku ke Maybank untuk mengeluarkan duit sebanyak RM 200. Sesampai aku kat mesin Maybank aku terus melangkah ke ATM. Setelah aku memasukkan kad terusku penyet-penyet nombor pinku iaitu ******. Macam biasalah aku pun tekan ler butang pilihan untuk keluarkan duit, setelah itu mesin berbunyi grekk grekk dan kad aku pun keluar balik. Tunggu punya tunggu tak keluar-keluar duit aku..aduh!! aper hal ni?. "Out Of Service" keluar dari papan pemuka mesin ATM tu.
Seterusnya aku melangkah pula pergi ke Affin Bank sebelah Maybank tersebut, macam biasalah aku cek dulu baki akaun aku dan didapati bakinya.. ok jer.. Selepas itu aku pun teruslah melakukan aksi macam kat mesin ATM Maybank tadi. Tetapi tengah-tengah aku tunggu duit aku keluar terpapar pulak perkataan"service shut down" (seolah-olah korang shut down WIndows XP). Aghhh!! aperkehal nyer nih??.. Tunggu punya tunggu mesin tu hidup balik dan hanya resit kosong yang keluar.
Aku pun cek ler balik baki aku dalam ATM tersebut setelah mesinnya on kembali dan aduh aduh aduh!!, Duitku kurang RM 200... Tanpa berlengah lagi aku pun telefon ler "service centre" Affin Bank (setelah mendapat nasihat dari seseorang) dan diorang bagitau aku duit tu akan aku dapat balik dalam masa 24 jam. Entah ler, Kalo ader rezeki Insyallah dapat la kot.. Akan Kutunggu uuu~~...

Moralnya; Jangan tendang mesin ATM jika keadaan itu melanda anda kerana sampai kesaat ini kakiku masih lagi sakit.. Besi VS Manusia macam biasa lar..ehehe ;p

www.tips-fb.com

Kisah Kereta Dan Ikan Terubok Masin..

Jarak rumahku dengan tempat kerja lebih kurang 120 km, oleh kerana itu aku terpaksa menyewa sebuah lagi rumah berhampiran tempat kerjaku dengan 2 orang rakan sekerja bagi membolehkan aku melepakkan diri disana dikala waktu penat nak balik rumah.

Disebabkan kereta Turboku dah terlalu uzur, aku nekadkan diri untuk menjualnya. Tanggal 13/10/08 maka terjuallah kereta ku itu kepada seorang pembeli yang amat meminatinya. Aku pun heran pasal apa la beriya-iya sangat Chinese Buyer tu nak beli kereta aku. Tak kisah la janji ianya dah terjual (dgn harga yang amat berpatutan, stendek broker maut, hehe) sekaligus terlepaslah hasratku.
Empat hari kemudian setelah membulatkan hati sesudah berfikir, aku nekadkan diri ke Perodua untuk membeli sebuah kereta buatan Malaysia yang standartnya boleh dikatakan sedang-sedang aja. Hatiku berkata 100% aku akan dapat kereta tersebut dalam masa terdekat.
Aku berurusan dengan seorang dealer yang juga dari bangsa Chinese (yang mempunyai lidah yang lembut), dealer tersebut berjanji nak tolong aku uruskan loan untuk kereta tersebut bagi membolehkan aku memilikinya secara hutang.
22/10/08 aku ke Kuching, Sarawak untuk mengikuti satu program rasmi Kerajaan Malaysia. Setelah selesai program tersebut pada keesokan harinya aku bergegas bersama rakan-rakan dibantu oleh bidadari sejawatan dari Bumi Kenyalan ke Pasar Satok untuk membeli ikan Terbok Masin kegemaran Isteriku, waktu syok-syok tengah memilih beban Kilogram MAS tersebut aku terima satu panggilan dari Maybank iaitu tempat aku panjangkan dokumen untuk berhutang demi membeli kereta. Kusangkakan berita baik rupa-rupanya berita yang lebih baik aku terima iaitu hutangku ditolak kerana komitmen ku tinggi katanya. Aduh, aku bersedih 5 saat kerana itu. Tapi hakikatnya aku berjaya sebab tak dapat berhutang. (sesungguhnya orang yang suka berhutang itu sempit pintu rezekinya; kata guruku).
Alasan Bank tu tak lojik pulak kalau nak difikirkan, aku dah mempunyai sebuah kereta yang masih dalam proses hire purchase... kereta tu pulak kakak aku kat kampung yang pakai.
Alamatnya merempit kembali lah aku buat sementara waktu sejauh 120km sehari ( kalau larat).
Kesimpulannya, belilah kereta secara CASH sebab itu lebih berbaloi..

p/s; korang baca jer cerita aku tu, tak payah nak pikir sebab aku pun tak pikir 100% bila aku tulis tu... ;P

www.tips-fb.com

Sabtu, 25 Oktober 2008

Kenduri Kesyukuran dan Sambutan Hari Raya..

Esok 26/10/08 kami sekeluarga bercadang nak buat kenduri sikit kat rumah. Sekarang ni aku rasa bukan sekadar cadangan sebab isteri kesyangan aku tengah menghiris mentimun untuk dibuat dalcal (tak tau ler betul ker tak namanya tu). Sewaktu aku tengah menulis ni dua tiga kali Mak Ondeh ku menjeling kearah ini seolah-seolah memberi isyarat kepadaku untuk menolongnya..hehe

apa pun aku rasa aku terpaksa keno stop dulu tulis ni sebab jelingan tersebut dah kembali lagi..

yayaya abang datang tolong sayang ya.. hehe ;p

www.tips-fb.com

Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Wedding Dresses. Powered by Blogger